Aku ingin menjadi sepertimu,
tabah menghadapi penderitaan,
menahan seksaan berterusan,
tali cemeti menimpa badan,
darah mengalir berterusan,
namun pegangan dan keyakinanmu tetap utuh,
tidak sanggup untuk kau lihat,
agama hancur dan musnah,
genggammu pada agama seperti bara,
menahan kesakitan dan kepedihan,
tidak kau lepaskan,
melihatnya jatuh berderai
keyakinanmu semakin utuh hari demi hari,
ALLAH tuhan yang esa,
tiada tuhan melainkannya,
Muhammad adalah pesuruhnya,
kau korbankan seluruh jiwa ragamu untuknya,
hanya mengharapkan keredaannya,
tatkala kau diberi kemenangan,
kerna redanya tuhan ,
dunia tunduk dalam keadaan hina padamu,
tidak ada peluang syaitan untuk menggodamu,
hatta mendekatimu.
kau tunduk dan takut hanya padaNya
seluruh makhluk tunduk dan patuh padamu,
inilah ciri sebenar khalifah di muka bumi,
bukan hanya khalifah kepada umat manusia,
bahkan segala makhluk di bawah pemerintahannya,
membawa mereka kepada mentaatiNya.
masa terus berlalu,
dunia semakin uzur,
engkau kini telah aman di alam sana,
di sini masih tiada sesiapa yang sepertimu,
manusia semakin lupa dan leka,
aku ingin menjadi sepertimu,
diredoi tuhan ketika kau masih berjalan di muka bumi,
yakinmu bulat hanya padaNya
doamu makbul seetiap masa,
Tuhan sentiasa membanggakanmu,
merekalah umat yang terbaik,
dilahirkan untuk manusia,
mengajak kepada kebaikan,
mencegah kemungkaran,
dan beriman kepada ALLAH,
Ya ALLAH,
jadikanlah kami seperti mereka,
amin.
PARA SAHABAT R.A.
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Bicara hatiSetiap dari kita berhajat pada idola, yg maksudnya perlukan seseorang watak yang ingin diikuti dari segala aspek. Jika baik idolanya, maka baiklah dia dan sebaliknya.
Zaman kini, sebuah zaman yang dikatakan maju dari segi teknologi dan sains tetapi hakikatnya mundur pada pemikiran. Kita dapat lihat bagaimana manusia tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Begitulah juga pada zaman ini, zaman yang mana manusia mencari idolanya, untuk dijadikan contoh ikutan, dan untuk dibangga-banggakan dan untuk diceritakan kepada orang lain kehebatan idolanya.
Jahilnya manusia ini apabila mereka mengikuti orang-orang kafir, bangga dengan cara kehidupan, percakapan, moral dan pemikiran mereka sehingga lupa tujuan hidup kita di dunia ini.
Kebanyakan idola pada zaman kini hanya melambangkan keseronokan, kekuatan , kecantikan, kelalaian dan lain2 lagi. Padahal kita harus sedar waktu kita di dunia ini tak lama.
Kita sebagai umat Islam harus sedar bahwa kita mempunya banyak contoh teladan yang baik yang boleh dijadikan sebagai idola kita. Para nabi , sahabat RA, ulama dan manusia2 yg menunjukkan contoh yang baik yang boleh mengingatkan kepada kita bahwa dunia ini sementara . Itulah idola yg terbaik.
Apa yang dibawa oleh para nabi, itulah yang terbaik untuk manusia dari permulan manusia hingga akhir zaman.Yakinlah!
KAEDAH MENGUATKAN INGATAN
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Sunnah dan SainsSebagai seorang
pelajar, adalah amat penting bagi kita untuk mempunyai ingatan yang baik. Ini
adalah kerana banyaknya maklumat yang perlu kita ketahui dalam masa yang agak
singkat dan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jadi ,untuk maksud
tersebut kita perlu mengetahui apakah perkara yang membantu menguatkan dan
melemahkan ingatan.
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
mudah menerima ilmu dan mengingatinya.
Dalam hidup kita ni ada banyak perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kebanyakan umat-umat Islam termasuklah si penulis ni. Perkara ni tak akan jadi penting kalau ALLAH SWT dan rasulnya tak perintahkan kita untuk lakukannya. Dan hari ni kita tengok banyak umat Islam telah meninggalkan perkara-perkara ini dengan alasan-alasan yang tak munasabah.
Pertama sekali ialah solah lima waktu.Bab ni adalah tiang agama. Sesiapa yang tak jaga solat maka merekalah yang meruntuhkan agama. Hari ni kita nampak macam orang kafir yahudi nasrani yang meruntuhkan agama kita, tetapi hakikatnya orang Islam sendiri yang meruntuhkan agama. Hari ni kalau 50% dari lelaki yang akil baligh jaga solat 5 waktu, kat masjid , maka ekonomi akan berada pada tangan orang Islam.Tapi bile cek balik, berape kerat yang solat. Ada yang kene pakse (kejadian ini berlaku pada diri penulis sendiri). Macam mana orang Islam nak memerintah dunia? kalau kemurkaan ALLAH dicarinya. Ade rahib yahudi kata bahawa jika solat subuh seperti solat jumaat , maka tampok pemerintahan dunia ni akan brada pada tangan orang Islam.Sebab aa die kata solat suboh je? sebab solat suboh paling berat..mengantuk , nak sambung mimpi best dan lain-lain (kejadian ini berlaku pada diri penulis sendiri).
Kemudian, solat bukannya kat rumah tapi kat masjid. Nabi kita begitu menekankan kepentingan solat kat masjid bagi kaum lelaki ni. Nabi kita tak pernah solat fardu di rumah dan baginda tak pernah berjemaah dengan isteri kat rumah. Hatta ketika nabi gering sekalipon, baginda tetap ke masjid untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah. Begitu juga saidina Umar RA, yang mana ketika beliau sakit kerana ditikam, beliauu tetap menekankan kepentingan solah berjemaah di masjid. Jadi tiada alasan lagi bagi diri aku terutamanya untuk solat di rumah. Hatta tawanan perang pada waktu itupon diikat pada tiang-tiang masjid nabi. Dengan sebab masjid, banyak kelebihan yang akan umat Islam dapat. Tetapi zaman sekarang ni, masjid dah tak bukak 24 jam macam zaman nabi. Itu sebabnya orang Islam zaman kini lemah dan selalu ditindas.
Kalau kita seorang pelajar, ingat tanggungjawab kita setiap masa. Belajar kerana ALLAH, bukan sebab nak dapat no 1 kemudian berlagak, lepas tu, ada modal nak ngorat. Belajar kena lagi dan lagi. Tapi ade yang silap, disebabkan belajar bersungguh, sembahyang tinggal, masjid tinggal, tak pernah baca Quran. Alasan sebab belajar. Ini kalau dapat no.1 pon tak de maknanya. Sedarlah wahai penulis.
Adab-adab dalam kehidupan pun kena dijaga. Apa yang nabi suruh dan galakkan, kita usaha untuk buat. Apa yang nabi larang, tinggalkan dan tak payah nak kasi bayak komen. Contoh, nabi larang kita makan minum berdiri, kencing berdiri dan banyak lagi. Jadi perkara-perkara ni kita kena ambil serious, bukan main-main.
Banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu kita tahu dalam kehidupan kita. Dan kalau nak tahu, kenalah berusaha cari sendiri. Pergilah ke kelas ustaz-ustaz, majlis-majlis agama , lapangkan masa untuk agama tak rugi, malah beruntung. Peringatan ini khusus untuk penulis.
TREND MASA KINI- COUPLE
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: NasihatBanyak perkara yang aku nak cakap berkenaan dengan trend zaman sekarang ni. Dan apa yang paling menyakitkan hati ialah apabila gejal-gejala sosial yang semakin meningkat, monyet-monyet yang terlepas (kapel-kapel) berkepit ke sana sini, orang-orang yang tidak punya kain yang cukup untuk menutup seluruh badannya, penyembor-penyembor asap dan lain-lain.
Bab yang paling penulis(aku) benci ialah tentang kapel atau dalam bahsa inggerisnya "couple". Semua kita sedia maklum tentang maksud perkataan di atas dan tidak perlu bagi saya menerangkannya dengan panjang lebar. Bercakap tentang masalah ini, Ramai anak muda Islam sekarang seolah-olah merasakan pentingnya mencari pasangan hidup tanpa melalui perkahwinan.(Cara orang kafir).
Apabila berbicara tentang kapel, ada antara kita yang menyokong perkara ini, setuju die dengan die, die seswai ngan die, die patut dgan die dan lain-lain perbualan yang menyokong perkara yang sangat DIMURKAI ALLAH SWT. Sepatutnya, sebagai seorang Islam, kita patut membenci perkara itu. Beritahu kawan-kawan kita bahawa ALLAH tak menyukai perkara tersebut dan jangan ada sedikitpun dalam hati kita sokongan dan persetujuan terhadap perkara maksiat itu.
Dan pada yang sudah ada atau bercita-cita untuk perkara itu, anda perlu tahu dan faham tentang larangan ALLAH SWT supaya tidak menghampiri zina. Kapel tu dah boleh dikatakan zina, zina mata,telinga, hati dan lain-lain.Alangkah banyaknya dosa orang yang berkapel ni.
Jadi, kepada kawan-kawan saya terutamanya, tolonglah jangan sakitkan mata-mata masyarakat.Korang tu dah lah kawan aku, aku kene tegor korang kalo korang buat salah. Kalo aku tak tegor nanti aku pon akan jadi macam korang . Jadi kaloau kamu semua tak hendak untuk berubah, aku tak akan menjadi bestfriend kamu semua lagi.(Rujuk hadis - aku tak ingat). Jangan kasi alasan ape yang korang buat tu betol. Bende tu dah terang-terang salah.
Terima dengan berlapang dada,
Wassalam
Wasssalam
TIPUDAYA SYAITAN TERHADAP MEREKA YANG BERIBADAT
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Info Syaitan dan Iblis
Hadhrat Khuraym bin Faatik RA mendengar suara jin yang mengajaknya memeluk Islam.
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Kisah Dakwah Jin
Hadhrat Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa
Hadhrat Khuraym bin Faatik RA pernah berkata kepada Hadhrat Umar bin Khattaab RA, "Wahai Ameerul Mu'mineen! Patutkah saya menceritakan kepada kamu bagaimana saya memeluk Islam?"
Apabila Hadrat Umar RA menyuruhnya untuk memberitahunya, Hadrat Khuraym menerangkan, "Saya dalam perjalanan mencari unta saya dan waktu malam tiba ketika saya berada di tempat yang bernama Abraqul Gharraaf, jadi saya pun menjerit sekuatnya, "
Saya meminta tempat perlindungan dengan raja di tempat ini daripada orang-orangnya yang bodoh(jin)."
Tiba-tiba kedengaran suara (yang bermaksud):
Kamu tidak malu!Mintalah perlindungan daripada ALLAH, pemilik kehormatan.
Pemilik kepada kemuliaan, kebaikan dan kemurahan.
Bacalah ayat dari Surah Anfaad membuktikan keesaan ALLAH dan tiada lagi kerisauan.
Perkara ini amat menakutkan saya, dan apabila saya telah dapat mengawal diri, saya telah berkata,(yang bermaksud):
"Apakah yang kamu katakan wahai pemanggil?"
Apakah pimpinan bersama kamu atau kesesatan
Jika kamu telah dipimpin,terangkan kepada kami situasinya
Suara itu kemudiannya membaca beberapa ayat,(yang maksudnya):
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa semua kebaikan berda di Yastrib,
memanggil orang-orang kepada keselamatan,
dia memerintahkan kami untuk berpuasa dan menunaikan solah,
dan memberi amaran terhadap semua kejahatan.
Saya kemudiannya mendorong tunggangan saya ke hadapan sambil mengucapkan kata-kata:
Pimpinlah saya bersama semoga ALLAh memimpinmu,
Semoga kamu dijauhkan dari kebuluran dan ketelanjangan,
Dan semoga kamu sentiasa menjadi pemimpin yang berkuasa,
Semoga kamu sekarang tidak akan menyusahkanku lagi kerana kebaikan yang dianugerahkan ke atasmu
Jin tersebut mengikutiku dan merangkapkan kata-kata:
Semoga ALLAH menemani kamu dan keselamatan ke atas kamu,
Semoga DIA menghantar kamu kepada keluargamu dengan tunggangan mu,
Yakin kepada Rasulullah S.A.W dan ALLAH S.W.T member kejayaan kepada kamu,
Bantunya dan tuhanku akan membantumu
Saya kemudiannya bertanya kepadanya, "Siapa kamu? Semoga ALLAH merahmati kamu."
Dia menjawab, "Aku adalah Amr bin Uthaal dan saya telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W. sebagai gabenor bagi semua jin di kawasan Najd. Untamu akan dijaga sehinggalah kamu sampai kepada keluargamu."
Saya telah sampai ke Madinah pada pada Jumaat. Hadrat Abu Bakr RA datang kepada saya dan berkata, "Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kamu. Masuklah, berita kamu menerima Islam telah sampai kepada kami."
Apabila saya memberitahunya bahawa saya tidak tahu bagaimana cara menyucikan diri dengan baik, dia telah mengajarkan saya.
(Selepas menyucikan diri)Saya telah masuk ke masjid, ketika Rasulullah S.A.W. sedang menyampaikan khutbah di atas mimbar , saya melihat wajah baginda seperti bulan purnama(cantik dan bersinar).
Kebetulan pada waktu itu, baginda bersabda , "Apabila seorang muslim mengambil wudu dengan sempurna dan kemudian mengerjakan solah, ALLAH S.W.T pasti akan memasukkannya ke dalam syurga."
Umar RA telah berkata kepada saya, "Kamu akan menjadi saksi kepada hadith ini, jika tidak, aku akan menghukummu."
Uthman bin Affan RA, seorang yang terkemuka di kalangan orang Quraysh, telah menjadi saksi bagi pihak saya dan Umar RA telah menerima kesaksiannya.
(Dipetik dari kitab Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)