Showing posts with label Bicara hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara hati. Show all posts

PARA SAHABAT R.A.

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Aku ingin menjadi sepertimu,
tabah menghadapi penderitaan,
menahan seksaan berterusan,
tali cemeti menimpa badan,
darah mengalir berterusan,

namun pegangan dan keyakinanmu tetap utuh,
tidak sanggup untuk kau lihat,
agama hancur dan musnah,
genggammu pada agama seperti bara,
menahan kesakitan dan kepedihan,
tidak kau lepaskan,
melihatnya jatuh berderai

keyakinanmu semakin utuh hari demi hari,
ALLAH tuhan yang esa,
tiada tuhan melainkannya,
Muhammad adalah pesuruhnya,
kau korbankan seluruh jiwa ragamu untuknya,
hanya mengharapkan keredaannya,

tatkala kau diberi kemenangan,
kerna redanya tuhan ,
dunia tunduk dalam keadaan hina padamu,
tidak ada peluang syaitan untuk menggodamu,
hatta mendekatimu.

kau tunduk dan takut hanya padaNya
seluruh makhluk tunduk dan patuh padamu,
inilah ciri sebenar khalifah di muka bumi,
bukan hanya khalifah kepada umat manusia,
bahkan segala makhluk di bawah pemerintahannya,
membawa mereka kepada mentaatiNya.

masa terus berlalu,
dunia semakin uzur,
engkau kini telah aman di alam sana,
di sini masih tiada sesiapa yang sepertimu,
manusia semakin lupa dan leka,

aku ingin menjadi sepertimu,
diredoi tuhan ketika kau masih berjalan di muka bumi,
yakinmu bulat hanya padaNya
doamu makbul seetiap masa,
Tuhan sentiasa membanggakanmu,
merekalah umat yang terbaik,
dilahirkan untuk manusia,
mengajak kepada kebaikan,
mencegah kemungkaran,
dan beriman kepada ALLAH,

Ya ALLAH,
jadikanlah kami seperti mereka,
amin.






Ikhlas

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Hati yang ikhlas,
Umpama semut yang hitam,
Di atas batu yang hitam,
Di kegelapan malam,
Tiada diketahui orang,
Hanya dalam pengetahuan tuhan,

Amal yang ikhlas,
Umpama tangan kanan yang memberi,
Disorokkan pula tangan kiri,
Tiada berharap untuk dipuji,
Cukuplah ALLAH untuk mengadili,

Manusia yang ikhlas,
Ramai mengaku ikhlas,
Menjaja nama melakukan kebaikan,
Pujian orang diharapkan,
Supaya gambar di muka depan,
Media massa harian,

Manusia yang ikhlas,
Bukannya orang yang mengaku ikhlas,
Juga untuk mendapatkan kepentingan tertentu,
Ingatlah kamu,
Kekayaan dan kekuasaan bukannya penentu,
Kejayaan di hari itu.

Manusia yang ikhlas,
Hidup dan matinya,
Semata-mata kerana ALLAH,
Kutukan dan pujian tiada beza,
Hanya mengharap keredhaan ALLAH.

(Hasil nukilan sasterawan kacak, 5 Julai 2009)









Kucing o Kucing

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Daripada nukilan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam Dzammul Muwaswisiin Wattahdzir Minal Waswasah yang merupakan syarah beliau kepada kitab Mencela Was-was karangan Imam Ibn Qudamah. Beliau menuliskan begini;

Mengenai kucing,Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Dia itu bukanlah sesuatu yang najis. Dia adalah antara binatang jinak yang selalu hidup dengan kamu.”

Subhanallah, indahnya ciptaan ALLAH, setiap apa yang diciptanya tidaklah sia-sia. Bagi aku, kucing adalah binatang yang menghiasi kehidupan manusia. Dengan melihat sahaja dapat menenangkan fikiran aku.Ingin aku belai dan usap-usap kau wahai kucing. Tapi apakah daya aku berada di tempat kucing yang tak kenal orang.
“Ya ALLAH, jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur”

Menjelangnya Musim Imtihan

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Tempoh Imtihan : 2 bulan lebih sikit (26 April-5 Julai 2009)
Tempat Imtihan  : Universiti Mansurah
Persediaan        : Insyaallah
Tahap Stress     :  Tiada stress
Penggunaan masa : secara sederhana
Kerisauan          :  sederhana

SONESTA

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:



Beginilah keadaan kami sehari sebelum raya di Mesir. Berbekalkan suasana yang sejuk di waktu petang disertai angin yang bertiup kencang menghamburkan debu-debu yang halus yang memasuki mata-mata kami, kami sempat berposing di depan kedai burger arab SONESTA yang menyediakan mkanan arab...(Gambar ini diambil sebelum masuk waktu maghrib)