TIGA GOLONGAN

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Samurah bin Jundub R.A  bercerita  bahawa Amirul Mukminin Hadhrat Umar  al Khattab R.A pernah berkata,

“Lelaki terbahagi kepada tiga dan wanita terbahagi kepada tiga”

Tiga golongan wanita

 “Seorang perempuan yang suci,muslim,lemah lembut, penyayang dan mempunyai ramai anak. Dia mendidik keluarganya agar tidak terpengaruh dengan peredaran zaman(cth fesyen) dan melakukan kebaikan pada waktunya untuk keluarganya.Akan tetapi, payah untuk dijumpai wanita seperti itu.”

“Perempuan kedua adalah mereka yang banyak meminta dan tidak menyumbang apa-apa melainkan hanya menjaga anak-anaknya.”

  
“Perempuan ketiga adalah seperti parasit yang mana Allah SWT meletakkannya kepada sesiapa yang disukainya dan mengambilnya daripada sesiapa yang disukainya.”

Tiga golongan lelaki,

 “Seorang lelaki yang suci, bertolak ansur, lemah lembut, bijaksana dan selalu memberikan kamu nasihat yang terbaik.Tidak kira apa yang berlaku sekalipun, dia akan bermesyuarat dengan yang lain, dan masalah biasanya diselesaikan melalui pendapatnya.”

“Lelaki seterusnya adalah lelaki yang pendiam tetapi apabila timbul masalah,dia meminta pendapat dan melakukan apa yang dinasihatkan.”

“Lelaki ketiga adalah mereka yang kebingungan  yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dia tidak meminta pendapat orang lain dan tidak mempedulikan nasihat yang diberikan.”

(Dipetik daripada kitab Hayatus Sahabah jilid 3 karangan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)

Kelebihan kayu sugi berbanding ubat gigi biasa

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Artikel ini saya lampirkan bertujuan untuk membetulkan salah-faham sahabat-sahabat tentang fakta bahawa sunnah nabi kita akan berubah mengikut aliran masa.Di sini saya ingin mengetengahkan bukti bahawa setiap apa yang di bawa oleh nabi kita sentiasa relevan sepanjang zaman.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” (Riwayat Al-Bukhari). 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Riwayat Al-Bukhari).


Penyakit Gigi Karies (Caries)
Penyakit karies atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu kardohidrat yang dapat diragikan.
Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.
Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.
Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.
WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.


Nilai pharmacology Siwak
Penelitian El-Mostehy et al (1995) cit Darout (2000) tentang analisis kandungan batang kayu siwak kering (Salvadora persica) dengan ekstrak menggunakan etanol 80% kemudian dilanjutkan dengan ether lalu diteliti kandungannya melalui prosedur kimia seperti: trimetilamin, alkaloid (di duga sebagai salvadorin), klorida, sejumlah besar tannin, saponin, flavanoid, dan sterol. Darout et al (2000) melaporkan bahawa daya antimikrobial dan effect pembersih pada siwak telah terdeteksi pada ekstraknya. Kesan ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadourea dan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, jugacyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate.

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies
Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi

Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, M. Ragaii El-Mostehy et al melaporkan dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation): “It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”
Sayyid Quthb menegaskan bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relatif dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan Al-Quran &al-Hadith memberikan kita hakikat yang final dan mutlak. Fakta hadith hanya menyebutkan bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini (hadith) dengan itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya!

Akibat Tangan-tangan syiah

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Disini saya lampirkan apa yang saya dapat untuk kita semua kongsi bersama. Semoga mendapat kebaikan, Insyaallah.

Ajaran Syiah

Diasaskan oleh Abdullah ibn Saba’,seorang yahudi yang berpura-pura mengaku Islam. Golongan Syiah memusuhi sebaik baik para sahabat.Ini sebenarnya sbg tindak balas dan dendam mereka terhadap para sahabat yg menawan negara Parsi(Iran sekarang) yg dahulunya majusi sblm islam..
Ajaran mereka walaupun dikaitkan dgn islam,tetapi pada hakikatnya ia dibaluti dgn roh majusi yg sgt mendendami generasi awal islam.

Antara kejahatan yg dilakukan :

1)Abdullah mengetuai angkatan membunuh khalifah Uthman dirumahnya

2)Pencetus kpd perang Jamal diantara pihak Ali dan pihak Aisyah RA

Kesepakatan kata utk berdamai antara tentera Ali dan Aisyah tlh dicemari olh hasutan fitnah Syiah.Menyusul perang Sifffin dlm sejarah dimana antara khalifah Muawiyah dan Khalifah Ali.Tuntutan Muawiyah agar pembunuh Saidina Uthman diqisas balik sblm beliau akn berbaiah kpd Ali namun dipihak Ali keadaan belum mengizinkan utk bertindak keatas pembunuh khalifah Uthman.

Disini pihak Muawiyah dipanggil “bughah”(melampau) namun tidak tergolong dlm golongan kufur krn beliau berijtihad,tidak menurut Imam(Ali) krn yakin kebenaran bersama dgnnnya walaupun dipihak Ali adalah lebih hampir.

Sabda Nabi S.A.W:
Akan ada dikalangan umatku 2 pihak,kemudian muncul antara kedua-duanya golongan yang terkeluar dari agama(Khawarij).mereka(khawarij) akn diperangi olh pihak yg plg hampir dgn kebenaran”
-(Riwayat Muslim)


3)Memfitnah Yazid Ibn Muawiyah yang membunuh Saidina Hussain di Karbala.

Kesimpulannya Syiahlah yg memalsukan fakta dan mencemari keistimewaan yg dijanjikan nabi Muhammad S.a.w terhadap para sahabat.juga menyebabkan Khalifah Muawiyah dilupakan terus dlm salasiah dunia kekhalifatan,menjadikan beliau khalifah rassyid yg teraniaya.
Apa yang pasti kaum muslimin sekarang mengambil jalan mudah dengan memohon keampunan Allah keatas para sahabat terhadap peristiwa yg berlaku tanpa mengambil inisiatif mencari dan berusaha menyucikan sejarah diatas fitnah dan cacian terhadap mereka yg dipelopori yahudi.



Sumber:”Pertelingkahan para sahabat Nabi S.a.w:Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah”:Mohd Asri Zainul Abidin” dan Saiyidina Muawiyah
Khalifah Rassyid yang Teraniaya”:Maulana Muhammad Asri Yusoff”,I magazines,Ogos.


Kucing o Kucing

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Daripada nukilan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam Dzammul Muwaswisiin Wattahdzir Minal Waswasah yang merupakan syarah beliau kepada kitab Mencela Was-was karangan Imam Ibn Qudamah. Beliau menuliskan begini;

Mengenai kucing,Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Dia itu bukanlah sesuatu yang najis. Dia adalah antara binatang jinak yang selalu hidup dengan kamu.”

Subhanallah, indahnya ciptaan ALLAH, setiap apa yang diciptanya tidaklah sia-sia. Bagi aku, kucing adalah binatang yang menghiasi kehidupan manusia. Dengan melihat sahaja dapat menenangkan fikiran aku.Ingin aku belai dan usap-usap kau wahai kucing. Tapi apakah daya aku berada di tempat kucing yang tak kenal orang.
“Ya ALLAH, jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur”

Menjelangnya Musim Imtihan

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Tempoh Imtihan : 2 bulan lebih sikit (26 April-5 Julai 2009)
Tempat Imtihan  : Universiti Mansurah
Persediaan        : Insyaallah
Tahap Stress     :  Tiada stress
Penggunaan masa : secara sederhana
Kerisauan          :  sederhana

KEMULIAN SAHABAT NABI R.A

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Imam Ibnu Mubarak rhm. berkata, "Mu'awiyyah dalam pandangan kami adalah ujian. Apabila kami mendapati seorang yang memandang Mu'awiyah dengan sinis, maka kami pun mencurigai sikapnya terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW"
(Tarikh Dimasyq 59/209 oleh Ibnu Asakir)

Sungguh menghairankan, keharuman nama Mu'awiyah ra. dan sejarah perjalanan hidupnya yang begitu indah dalam kitab – kitab hadits dan sejarah yang terpercaya, kini telah dinodai oleh suara sumbang mulut – mulut dan goresan tangan manusia – manusia yang memutarbelitkan sejarah dan memendam fakta !

Ironisnya pemikiran ini telah lama subur dalam buku – buku pendidikan sejarah di berbagai tingkatan madrasah negeri ini, mulai dari Ibtidaiyah, Tsanawiyah, Aliyah hingga Perguruan Tinggi. Sehingga semenjak dini anak – anak telah dibina untuk membenci seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Mu'awiyah ra.

Dalam gambaran mereka Mu'awiyah ra. adalah musuh bebuyutan Khalifah Ali bin Abi Thalib ra. ! Mu'awiyah ra. adalah seorang yang menghalalkan darah saudaranya hanya karena ambisi terhadap kekuasaan ! Dan gambaran – gambaran mengerikan lainnya. Oleh karena itu perkenankanlah penulis memaparkan hadits – hadits dan atsar tentang Mu'awiyah ra. dan penjelasan terhadap keutamaannya :

1. Mu'awiyah ra. berkata, "Sesungguhnya kalian telah melakukan shalat ! Sungguh kami telah menemani Rasulullah SAW, tidaklah kami melihat beliau SAW telah melakukan shalat tersebut, dan sungguh beliau telah melarangnya, yakni 2 rakaat setelah ashar"
(HR. Bukhari no. 3766, Ahmad 4/99 dan lainnya). Imam Bukhari berdalil dengan hadits ini bahwa persabatan Mu'awiyah ra dan Nabi SAW sudah cukup menunjukan keutamaan beliau yang sangat besar.
Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 7/131 mengatakan, "… Dengan kejelian beliau (Bukhari) berdalil dengan hadits yang dapat menghentam pemikiran (Syiah) Rafidhah".

2. Dia (Abu Sufyan) berkata, "Mu'awiyah engkau jadikan pembantumu ?", Nabi SAW menjawab, "Ya"
(HR. Muslim no. 2501, Ibnu Hibban no. 7209, dan lainnya) Segi pendalilan hadits ini amat jelas, yaitu Mu'awiyah ra. termasuk para penulis wahyu untuk Rasulullah SAW (Al Bidayah 8/119 oleh Al Hafizh Ibnu Katsir)
Demikian pula dikatakan oleh seluruh Ulama yang menulis biografinya (biografi Mu'awiyah ra.) seperti Abu Nu'aim, Ibnu Abdil Barr, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan lainnya (Lihat pula Zadul Ma'ad 1/113 oleh Ibnul Qayyim)

3. Dari Irbad bin Sariyah ra., Rasulullah SAW bersabda, "Ya Allah, ajarkan Mu'awiyah ilmu tulis dan hitung dan lindungi dia dari siksa"
(HR. Ibnu Khuzaimah no. 1938, Ibnu Hibban no. 2278, Ahmad 4/127 dan lainnya, hadits hasan lighairihi, Imam Adz Dzahabi berkata, "Hadits ini memiliki penguat yang kuat")

4. Nabi SAW berdoa untuk Mu'awiyah, "Ya Allah, jadikanlah dia penunjuk dan yang diberi petunjuk, tunjukilah ia dan berilah manusia petunjuk karenanya"
(HR Bukhari dalam Tarikh 4/1/327, At Tirmidzi 2/316, Ibnu Asakir 16/684-686 dan Adz Dzahabi dalam Siyar 8/38, hadits ini disohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah 4/615-618)

5. Umar bin Khattab ra. berkata tatkala mengangkatnya sebagai gubernur Syam, "Janganlah kalian menyebut Mu'awiyah kecuali dengan kebaikan"
(Kitab Al Bidayah 8/125 oleh Ibnu Katsir)

6. Ali bin Abi Thalib ra. berkata sepulangnya dari Perang Shiffin, "Wahai manusia, janganlah kalian membenci kepemimpinan Mu'awiyah, seandainya kalian kehilangan dia, niscaya kalian akan melihat kepala – kepala bergelantungan dari badannya (banyak pembunuhan)"
(Kitab Al Bidayah 8/134 oleh Ibnu Katsir)

7. Abdullah bin Umar ra. berkata, "Ayahku Umar lebih baik daripada Mu'awiyah tetapi Mu'awiyah lebih pandai berpolitik darinya"
(Kitab Al Bidayah 8/138 oleh Ibnu Katsir)

8. Abdullah bin Abbas ra. berkata, "Saya tidak melihat seorang yang lebih arif tentang kenegaraan daripada Mu'awiyah"
(Kitab Al Bidayah 8/138 oleh Ibnu Katsir)

9. Seorang tabi'in, Zuhri, berkata, "Mu'awiyah bekerja pada pemerintahan Umar bin Khattab bertahun – tahun dan tiada cela sedikitpun darinya"
(Kitab As Sunnah 1/444 oleh Al Khallal)

10. Abu Mas'ud Al Muafa bin Imran pernah ditanya, "Wahai Abu Mas'ud siapakah yang lebih utama, Umar bin Abdul Aziz ataukah Mu'awiyah ?". Dengan nada marah ia berkata, "Seorang sahabat nabi tidak bisa dibandingkan dengan seorang pun. Mu'awiyah adalah sahabat Nabi sekaligus iparnya dan penulis wahyunya"
(Tarikh Dimasyq 59/208)

11. Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang yang mencela Mu'awiyah ra. dan Amr bin Ash ra, lalu ia menjawab, "Tak seorangpun berani mencela keduanya kecuali mempunyai tujuan jelek"
(Tarikh Dimasyq 59/210)

12. Ibnu Taimiyyah berkata, "Ia (Mu'awiyah) adalah awal raja dan kepemimpinannya adalah rahmat"
(Kitab Majmu' Fatawa 4/478 dan Kitab Minhaj As Sunnah 6/232)

13. Ibnu Abil Izzi Al Hanafi berkata, "Raja pertama kaum muslimin adalah Mu'awiyah dan ia adalah sebaik – baiknya raja kaum muslimin"
(Syarah Kitab Aqidah Thahawiyah hal. 722)

14. Adz Dzahabi berkata dalam biografinya, "Amirul Mukminin, raja Islam. Mu'awiyah adalah raja pilihan yang keadilannya mengalahkan kezhaliman"
(Kitab Siyar 3/120, 159)

Demikianlah hadits – hadits yang shahih dan atsar salafush shalih tentang keutamaan Mu'awiyah bin Abi Sufyan ra. Akhirnya penulis berkata seperti apa yang dikatakan oleh Imam Ibnu Katsir rhm., "Cukuplah bagi kami untuk memaparkan hadits – hadits shahih, hasan dan jayyid daripada hadits yang palsu dan mungkar"
(Al Bidayah 8/122)

Dipetik dari tulisan Ustadz Abu Ubaidah Al Atsari, Majalah Al Furqan, Lajnah Dakwah Ma'had Al Furqan, Gresik, Edisi 12, Tahun IV, Rajab 1426 H, hal. 14-20.

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
Tidak ada hari-hari, yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat R.A. bertanya. “ Wahai Rasulullah S.A.W., dan tidak juga berjihad fi sabilillah ( lebih afdhal daripada beramal pada hari-hari ini? ) “ Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid.”

“ Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal dari bulan Zulihjjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam Lailatul Qadar.”

Amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini:
1. Menunaikan haji dan umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
2. Berpuasa
Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkata:
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis." Riwayat al-Nasaa'i, 4/205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2/462.

3. Berzikir
Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.
Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22:28)Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat
5. Memperbanyakkan amalan soleh
6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)

8. Solat Aidil Adha
Bagi kaum laki2, adalah penting utk solah secara berjemaah di masjid.Bukan pada hari tersebut dahaja tetapi juga pada hari2 yg lain.(Solat 5 waktu sehari semalam di masjid)