sambungan...
Kami tinggal di sana selama 3
hari dan bertemu dengannya pada satu malam.Ketibaan kami, dia menunjukkan
kepada kami satu peti besi besar yang diperbuat daripada emas yang mengandungi
banyak bahagian yang kecil, setiap
bahagian itu mempunyai pintunya yang sendiri.
Dia mengalihkan cebisan sutera
hitam dan membukanya dan di dalammya terkandung gambar yang berwarna merah. Gambar itu
menunjukkan seorang lelaki yang mata dan pinggang yang besar. Saya juga tidak
pernah melihat seseorang yang mempunyai leher
yang panjang sepertinya. Dia tidak berjanggut, dua ikat rambut, dan merupakan salah satu
daripada orang-orang yang sangat indah
dilihat yang telah Allah SWT telah ciptakan.
“Kamu tahu siapa dia?”' Heraclius
bertanya.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Adam A.S.”
Kami juga menyedari bahawa dia mempunya rambut
yang sangat banyak berbanding dengan orang biasa.
Heraclius kemudiannya membuka
bahagian yang lain daripada peti dan mengalihkan cebisan sutera hitam daripadanya
yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan seorang yang
berambut kerinting, mata yang kemerahan, dahi yang luas dan janggut yang tebal.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Nuh A.S.”
Bahagian lain dibuka dan cebisan
sutera hitam dialihkan daripadanya yang mengandungi gambar seorang lelaki yang
mempunya wajah yang sangat bercahaya. Dia mempunya mata yang cantik, dahinya
jelas dan menarik perhatian, pipi yang panjang dan janggutnya putih. Wajah
lelaki itu tersenyum.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Ibrahim A.S.”
Kemudian dibuka lagi bahagian
yang lain yang mengandungi gambar yang
berwarna putih. Demi Allah, itu adalah gambar Rasulullah.
“Kami mengetahuinya” balas kami.
“Ini adalah Rasulullah S.A.W..”
Air mata kami mula bercucuran ,
Heraculis berdiri sebentar dan kemudian duduk.
“Kamu bersumpah dengan nama ALLAH
yang ini adalah dia(Rasulullah)?”
“Itu adalah beliau tanpa
ragu-ragu.”
“Itu adalah seperti kamu melihatnya yang
sebenar.”
Heraclius berkata, “Gambar ini dari
bahagian yang terakhir pada peti ini,
saya membukanya awal untuk melihat reaksi kamu apabila melihatnya.”
Heraclius membuka bahagian lain
lagi dan mengalihkan cebisan sutera hitam . Gambar tersebut menunjukkan lelaki
yang wajahnya sangat perang dan gelap. Rambutnya kerinting, matanya dalam dan
tajam. Dahinya berkerut , giginya diketap dan mulutnya ditutup dengan rapat.
Wajahnya menunjukkan dia sangat marah.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Musa A.S.”
Selepas dari gambar tersebut ialah gambar yang
menyerupai hazrat Musa A.S. cuma rambutnya berminyak, dahinya luas dan matanya
sedikit juling.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Harun bin Imran A.S.”
Pada bahagian peti yang lain,
Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang
berkulit perang dengan rambut yang lurus. Ketinggian badannya pada takat yang
biasa . Wajahnya menunjukkan dia sedang marah.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Lut A.S.”
Heraclius membuka bahagian lain
dan mengalihkan cebisan sutera putih , kami melihat pada gambar itu lelaki yang
sangat kacak dengan muka yang kemerahan.Hidungnya mancung, pipi yang nipis dan
wajahnya sempurna.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Ishaq A.S.”
Heraclius membuka bahagian lain
dan mengalihkan cebisan sutera putih ,
gambar tersebut lebih kurang seperti Ishaq
cuma dia mempunyai tahi lalat pada mulutnya.
'“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Yaakob A.S.”
Heraclius membuka bahagian lain
dan mengalihkan cebisan sutera hitam ,ia mengandugi gambar sseseorang yang
mempunya kulit yang cantik, mempunyai hidung yang mancung, muka yang kacak dan
badannya sempurna.Wajahnya bercahaya , sifat rendah diri dapat dilihat dari
raut wajahnya yang sedikit kemerahan.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Ismail A.S., datuk kepada nabi kamu.
Membuka lagi bahagian yang lain,
Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar seseorang
yang menyerupai Hadrat Adam A.S dan wajahnya seperti matahari itu sendiri.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Yusuf A.S.”
Heraclius membuka bahagian lain
dan mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang
wajahnya kemerahan. Dia mempunya betis yang kecil, matanya juga kecil , ototnya
besar dan ketinggian yang biasa. Dia menggantungkan pedang disekeliling
lehernya.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Daud A.S.”
Pada bahagian yang lain, dibuka
dan dialihkan cebisan sutera putih . Ia mengandungi gambar lelaki yang
mempunyai pinggang yang besar dan kaki yang panjang. Dia sedang menunggang
kuda.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Sulaiman bin Daud A.S.”
Dibuka lagi bahagian yang lain
dan dialihkan cebisan sutera hitam yang mengandungi gambar yang berwarna putih
yang menunjukkan lelaki yang muda, janggut yang hitam pekat, rambut tebal,
matanya tajam dam mukanya kacak.
“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Isa bin Maryam A.S.”
Kami telah bertanya kepada
Heraclius , “Dari mana kamu mendapat gambar-gambar itu? Kami membenarkan gambar
tersebut kerana ia mengandungi gambar yang serupa seperti nabi kami.”
Heraclius menerangkan,
“Gambar-gambar tersebut telah diberikan kepada Adam A.S. apabila beliau meminta
kepada tuhannya supaya menunjukkan kepadanya para nabi dari keturunannya. Gambar
ini kemudiannya disimpan di tempat di mana matahari terbenam.kemudian
Zulkarnain telah mengambilnya dan memberikannya kepada Danial A.S.
“Dengar baik-baik! Aku bersumpah
dengan nama Allah bahawa aku lebih sanggup mengorbankan kerajaanku dan menjadi
hamba kepada ketua yang terhina di kalangan kamu dan mati seperti itu(daripada
aku memeluk Islam dan dimalukan di depan semua rakyatku).” Heraclius
kemudiannya memberikan kepada kami hadiah yang mahal dan mengucapkan selamat
tinggal kepada kami.
Kami pulang dan melaporkan kepada
Hadrat Abu Bakr tentang segala apa yang kami lihat dan segala sesuatu tentang apa yang diperkatakan oleh Heraclius.
Mendengar laporan tersebut, air
mata Hadrat Abu Bakr berlinangan dan berkata,
“Orang yang kasihan,jika ALLAH mahukan kebaikan untuknya, maka dia pasti memeluk Islam. Rasulullaah S.A.W.
memberitahu kami bahawa mereka(orang-orang kristian seperti Heraclius)dan juga orang-orang
yahudi,mempunyai keterangan tentang Muhammad bersama mereka.”
Hadrat Jubayr bin Mut'im R.A berkata, "(Ketika
aku di bawa oleh beberapa paderi ke gereja) mereka(menunjukkan kea rah suatu
gambar dan)bertanya,
“Adakah kamu lihat dia?”
Ketika saya melihat, saya
mendapati gambar itu seperti gambar Rasulullah S.A.W.
Saya juga mendapati gambar Abu
Bakr R.A. yang mana telah mengikuti jejak langkah Rasulullah S.A.W.
“Adakah kamu nampak
ciri-cirinya?”Mereka bertanya.
'Saya sudah pasti” jawab saya.
Sambil menunjukkan ke arah gambar
Rasulullah, mereka bertanya, “Adakah ini dia(Rasulullah)?”
Saya menjawab, “Demi Allah! Itulah
dia. Saya pasti itulah dia.”
Mereka bertanya lagi, “ Dan
adakah kamu mengenali seseorang yang mengikuti jejak langkahnya?” Ketika saya membenarkannya soalan itu, mereka
berkata, “Kami pasti bahawa dia adalah ketua kamu pada masa ini dan khalifah
selepasnya.”
Dalam riwayat yang lain,
dikatakan bahawa Hadrat Jubair R.A bertanya, “ Dan siapakah orang yang mengikutinya itu?” paderi-paderi
itu menjawab, “Sepatutnya, akan ada nabi selepas nabi, kecuali nabi ini(Rasulullaah
S.A.W.)Tidak aka nada nabi lagi selepasnya, jadi di sini ialah khalifah.”
Apabila Hadrat Jubair melihat dengan lebih dekat lagi (pada gambar tersebut),
dia mendapati bahawa orang tersebut ialah Hadrat Abu Bakr R.A.