Hadhrat Abu Waa'il meriwayatkan bahawa Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood
RA pernah berkata,
Ketika
seekor syaitan berjumpa dengan seorang sahabat dan berlawan dengannya, sahabat
tersebut menjatuhkkannya ke atas tanah. Syaitan tersebut pun merayu kepadanya
dengan berkata, " Lepaskan aku, dan aku kan mengajar kamu satu ayat yang
akan menyebabkan setiap dari kami(syaitan) lari lintang pukang apabila
mendengarnya."
Apabila sahabat tersebut melepaskannya, syaitan itu enggan
mengajarkannya ayat itu. Sahabat itu pun berlawan dengannya sekali lagi dan
menjatuhkannya lagi ke atas tanah.(Dan sekali lagi, syaitan itu merayu untuk
dilepaskan dan berjanji untuk mengajarnya ayat tersebut). Akan tetapi, apabila
sahabat tersebut memintanya untuk menunaikan janjinya, syaitan itu masih
enggan, dan selepas pertarungan yang ketiga,
barulah syaitan itu berkata, "Ayat itu
adalah di dalam Surah Baqarah daripada ayat ' ' sehingga tamat ayat.
"Wahai Abu Abdur Rahmaan!" seseorang
telah bertanya kepada Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah
gerangan sahabat itu?" Hadhrat
Abdullaah bin Mas'ood RA menjawab,
"Siapa
lagi kalau bukan Hadhrat Umar RA."
Dalam riwayat yang lain, Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA berkata,
"Ketika seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah S.A.W berjumpa
dengan seseorang lelaki dari kalangan jin dan mereka berlawan, manusia itu
telah menjatuhkan jin tersebut. Jinn tersebut telah meminta pertarungan kedua
diadakan, dan pada kali ini jin tersebut dijatuhkan lagi. Kemudian manusia itu
bertanya, "Kamu Nampak sangat lemah dan pucat dan lengan kamu seperti
lengan anjing. Adakah semua jin seperti ini?"
"Tidak, demi ALLAH!" jawab jin itu,
" Sebahagian dari kami diciptakan sangat kuat.Namun, berlawanlah denganku
untuk kali ketiga dan jika kamu Berjaya menjatuhkan aku, aku akan mengajar kamu
sesuatu yang akan member manfaat yang bayak kepada kamu."
Manusia
itu menjatuhkannya lagi untuk kali ketiga dan selepas itu dia bertanya, "
Beritahulah aku apakah itu?"
"Adakah
kamu membaca Aayatul Kursi?" jin
tersebut bertanya.
Apabila
manusia itu mengatakan bahawa dia membacanya, jin itu berkata, "Bilamana
saja kamu membaca ayat tersebut di dalam rumah kamu, syaitan-syaitan akan
meninggalkan rumah itu, menangis seperti keldai dan tidak akan memasukinya sehinggalah
waktu pagi."
"Wahai Abu Abdur
Rahmaan!" seseorang bertanya kepada Hadrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah
sahabat Rasulullah S.A.W itu?"
Hadhrat Abdullaah bin
Mas'ood RA mengerut, berpaling ke arah orang tersebut dan berkata, "Siapa
lagi kalau bukan Hadrat Umar RA."
Hadhrat Mujaahid berkata, "Kami diberitahu
bahawa syaitan-syaitan diikat ketika zaman Khalifah Umar RA. Setelah
kewafatannya, barulah syaitan-syaitan tersebut terlepas."
(Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)
(Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)