Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
Tidak ada hari-hari, yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat R.A. bertanya. “ Wahai Rasulullah S.A.W., dan tidak juga berjihad fi sabilillah ( lebih afdhal daripada beramal pada hari-hari ini? ) “ Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid.”

“ Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal dari bulan Zulihjjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam Lailatul Qadar.”

Amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini:
1. Menunaikan haji dan umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
2. Berpuasa
Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkata:
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis." Riwayat al-Nasaa'i, 4/205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2/462.

3. Berzikir
Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.
Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22:28)Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat
5. Memperbanyakkan amalan soleh
6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)

8. Solat Aidil Adha
Bagi kaum laki2, adalah penting utk solah secara berjemaah di masjid.Bukan pada hari tersebut dahaja tetapi juga pada hari2 yg lain.(Solat 5 waktu sehari semalam di masjid)