EMPAT JENIS HATI

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:



Hadhrat Huzaifah  R.A pernah berkata :

"Hati ada empat macam; (1) hati yang gelap,iaitu hati orang-orang kafir, (2) hati bermuka dua, iaitu hati orang-orang munafiq (3) hati yang bersih yang mengandungi sinaran cahaya, iaitu hati orang-orang yang beriman, (4) hati yang mengandungi iman dan nifaq.
Misalan bagi iman ialah seperti pokok yang tumbuh membesar dengan air yang suci manakala perumpamaan bagi nifaq ialah  seperti bisul yang membesar dengan nanah dan darah. Maksudnya hati akan dikuasai oleh salah satu daripada keduanya(iman dan nifaq) yang lebih kuat."


(Abu Nu'aym dalam  Hilya (Vol.1 Pg.276).)

TIGA GOLONGAN

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Samurah bin Jundub R.A  bercerita  bahawa Amirul Mukminin Hadhrat Umar  al Khattab R.A pernah berkata,

“Lelaki terbahagi kepada tiga dan wanita terbahagi kepada tiga”

Tiga golongan wanita

 “Seorang perempuan yang suci,muslim,lemah lembut, penyayang dan mempunyai ramai anak. Dia mendidik keluarganya agar tidak terpengaruh dengan peredaran zaman(cth fesyen) dan melakukan kebaikan pada waktunya untuk keluarganya.Akan tetapi, payah untuk dijumpai wanita seperti itu.”

“Perempuan kedua adalah mereka yang banyak meminta dan tidak menyumbang apa-apa melainkan hanya menjaga anak-anaknya.”

  
“Perempuan ketiga adalah seperti parasit yang mana Allah SWT meletakkannya kepada sesiapa yang disukainya dan mengambilnya daripada sesiapa yang disukainya.”

Tiga golongan lelaki,

 “Seorang lelaki yang suci, bertolak ansur, lemah lembut, bijaksana dan selalu memberikan kamu nasihat yang terbaik.Tidak kira apa yang berlaku sekalipun, dia akan bermesyuarat dengan yang lain, dan masalah biasanya diselesaikan melalui pendapatnya.”

“Lelaki seterusnya adalah lelaki yang pendiam tetapi apabila timbul masalah,dia meminta pendapat dan melakukan apa yang dinasihatkan.”

“Lelaki ketiga adalah mereka yang kebingungan  yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dia tidak meminta pendapat orang lain dan tidak mempedulikan nasihat yang diberikan.”

(Dipetik daripada kitab Hayatus Sahabah jilid 3 karangan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)