Penting

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Dalam hidup kita ni ada banyak perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kebanyakan umat-umat Islam termasuklah si penulis ni. Perkara ni tak akan jadi penting kalau ALLAH SWT dan rasulnya tak perintahkan kita untuk lakukannya. Dan hari ni kita tengok banyak umat Islam telah meninggalkan perkara-perkara ini dengan alasan-alasan yang tak munasabah.

Pertama sekali ialah solah lima waktu.Bab ni adalah tiang agama. Sesiapa yang tak jaga solat maka merekalah yang meruntuhkan agama. Hari ni kita nampak macam orang kafir yahudi nasrani yang meruntuhkan agama kita, tetapi hakikatnya orang Islam sendiri yang meruntuhkan agama. Hari ni kalau 50% dari lelaki yang akil baligh jaga solat 5 waktu, kat masjid , maka ekonomi akan berada pada tangan orang Islam.Tapi bile cek balik, berape kerat yang solat. Ada yang kene pakse (kejadian ini berlaku pada diri penulis sendiri). Macam mana orang Islam nak memerintah dunia? kalau kemurkaan ALLAH dicarinya. Ade rahib yahudi kata bahawa jika solat subuh seperti solat jumaat , maka tampok pemerintahan dunia ni akan brada pada tangan orang Islam.Sebab aa die kata solat suboh je? sebab solat suboh paling berat..mengantuk , nak sambung mimpi best dan lain-lain (kejadian ini berlaku pada diri penulis sendiri).

Kemudian, solat bukannya kat rumah tapi kat masjid. Nabi kita begitu menekankan kepentingan solat kat masjid bagi kaum lelaki ni. Nabi kita tak pernah solat fardu di rumah dan baginda tak pernah berjemaah dengan isteri kat rumah. Hatta ketika nabi gering sekalipon, baginda tetap ke masjid untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah. Begitu juga saidina Umar RA, yang mana ketika beliau sakit kerana ditikam, beliauu tetap menekankan kepentingan solah berjemaah di masjid. Jadi tiada alasan lagi bagi diri aku terutamanya untuk solat di rumah. Hatta tawanan perang pada waktu itupon diikat pada tiang-tiang masjid nabi. Dengan sebab masjid, banyak kelebihan yang akan umat Islam dapat. Tetapi zaman sekarang ni, masjid dah tak bukak 24 jam macam zaman nabi. Itu sebabnya orang Islam zaman kini lemah dan selalu ditindas.

Kalau kita seorang pelajar, ingat tanggungjawab kita setiap masa. Belajar kerana ALLAH, bukan sebab nak dapat no 1 kemudian berlagak, lepas tu, ada modal nak ngorat. Belajar kena lagi dan lagi. Tapi ade yang silap, disebabkan belajar bersungguh, sembahyang tinggal, masjid tinggal, tak pernah baca Quran. Alasan sebab belajar. Ini kalau dapat no.1 pon tak de maknanya. Sedarlah wahai penulis.

Adab-adab dalam kehidupan pun kena dijaga. Apa yang nabi suruh dan galakkan, kita  usaha untuk buat. Apa yang nabi larang, tinggalkan dan tak payah nak kasi bayak komen. Contoh, nabi larang kita makan minum berdiri, kencing berdiri dan banyak lagi. Jadi perkara-perkara ni kita kena ambil serious, bukan main-main.

Banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu kita tahu dalam kehidupan kita. Dan kalau nak tahu, kenalah berusaha cari sendiri. Pergilah ke kelas ustaz-ustaz, majlis-majlis agama , lapangkan masa untuk agama tak rugi, malah beruntung. Peringatan ini khusus untuk penulis.

TREND MASA KINI- COUPLE

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Banyak perkara yang aku nak cakap berkenaan dengan trend zaman sekarang ni. Dan apa yang paling menyakitkan hati ialah apabila gejal-gejala sosial yang semakin meningkat, monyet-monyet yang terlepas (kapel-kapel) berkepit ke sana sini, orang-orang yang tidak punya kain yang cukup untuk menutup seluruh badannya, penyembor-penyembor asap dan lain-lain.

Bab yang paling penulis(aku) benci ialah tentang kapel atau dalam bahsa inggerisnya "couple". Semua kita sedia maklum tentang maksud perkataan di atas dan tidak perlu bagi saya menerangkannya dengan panjang lebar. Bercakap tentang masalah ini, Ramai anak muda Islam sekarang seolah-olah merasakan pentingnya mencari pasangan hidup tanpa melalui perkahwinan.(Cara orang kafir).
Apabila berbicara tentang kapel, ada antara kita yang menyokong perkara ini, setuju die dengan die, die seswai ngan die, die patut dgan die dan lain-lain perbualan yang menyokong perkara yang sangat DIMURKAI ALLAH SWT. Sepatutnya, sebagai seorang Islam, kita patut membenci perkara itu. Beritahu kawan-kawan kita bahawa ALLAH tak menyukai perkara tersebut dan jangan ada sedikitpun dalam hati kita sokongan dan persetujuan terhadap perkara maksiat itu.

Dan pada yang sudah ada atau bercita-cita untuk perkara itu, anda perlu tahu dan faham tentang larangan ALLAH SWT supaya tidak menghampiri zina. Kapel tu dah boleh dikatakan zina, zina mata,telinga, hati dan lain-lain.Alangkah banyaknya dosa orang yang berkapel ni.

Jadi, kepada kawan-kawan saya terutamanya, tolonglah jangan sakitkan mata-mata masyarakat.Korang tu dah lah kawan aku, aku kene tegor korang kalo korang buat salah. Kalo aku tak tegor nanti aku pon akan jadi macam korang . Jadi kaloau kamu semua tak hendak untuk berubah, aku tak akan menjadi bestfriend kamu semua lagi.(Rujuk hadis - aku tak ingat). Jangan kasi alasan ape yang korang buat tu betol. Bende tu dah terang-terang salah.

Terima dengan berlapang dada,

Wassalam
Wasssalam





TIPUDAYA SYAITAN TERHADAP MEREKA YANG BERIBADAT

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

“Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “      (Yasin : 60)
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
“Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman [yang tidak terpedaya kepada hasutannya] “    (Saba : 20)                                                                                                                                                                                                         

Benar sekali apa yang yang dikatakan oleh Sayyidina Yahya bin Muaz Al-razy:
"Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya"


Adapun tipudaya serta ajakan syaitan terhadap manusia agar mengingkari perintah Allah SWT ada 7 macam cara:

1…Syaitan menggoda manusia, agar tidak taat kepada AllahSWT. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:

“Aku sangat memerlukan ganjaran dari Allah, kerana aku memerlukan bekalan dari dunia untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi”.


2…Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk melewatkan(menundakan)ketaatan, tungguu sudah tua, dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:

Ajalku bukan pada tanganku; jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai amal tersendiri dan hak hukum waktunya.”


3…Kadang-kadang syaitan akan menggoda manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan segera dan katanya:

“Ayuh' cepat-cepat beramal supaya engkau dapat membuat lagi amal-amal yang lain.”

Orang-orang yang beriman tentu menolak dan berkata:

“Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal
banyak tetapi tidak sempurna.”

Dalam hal Nabi Muhammad SAW.pernah bersabda dengan maksud:

Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara:
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.


4…Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata:

Cukup bagi saya untuk dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.”


5…Setelah itu syaitan menanamkan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan:

“Betapa tingginya darjatmu dapat beramal soleh dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu.”

Orang-orang yang beriman akan menjawab:

“bahawa semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal yang Ia redhai, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya. Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula”.



6…Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata, membisikkan di hati manusia:

"Bersungguh-sungguhlah engkau beramal, jangan diketahui oleh manusia kerana Allah jualah yang akan menzahirkan amalanmu kepada manusia dan akan mengatakan bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas".


Orang beriman akan menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan:

“Hai syaitan yang dilaknat! tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai cara dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT. berkehendak menzahirkan amalku atau menyembunyikannya; dan kalau berkehendak menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah jika amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah”.



7...Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan cara tersebut, maka ia menggoda lagi dengan cara terakhir dengan mengatakan:

"Hai manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau beramal dan tetaplah engkau celaka".

Orang-orang yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:

“Aku ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui , menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang seorang yang berbahagia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala, dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu.
Jika sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada jika dimasukkan neraka kerana maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang bertaqwa, kepadaNya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya, tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.”


Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya dalam urusan ketaatan kepada Allah  banyak sekali godaan dan tipudaya syaitan untuk menggagalkannya. Qiaslah segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan mohonlah pertolongan daripada Allah SWT agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana segala sesuatu itu di bawah kekuasaan Allah dan kepada Allahlah kita memohon taufiq dan hidayah untuk mendapatkan keredhaanNya.


TIDAK ADA DAYA UPAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN KETAATAN, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA SUCI DAN MAHA AGUNG


"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu."
                                                                                                                                                                              [Saba : 21]





Hadhrat Khuraym bin Faatik RA mendengar suara jin yang mengajaknya memeluk Islam.

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa
Hadhrat Khuraym bin Faatik RA pernah berkata kepada Hadhrat Umar bin Khattaab RA, "Wahai Ameerul Mu'mineen! Patutkah saya menceritakan kepada kamu bagaimana saya memeluk Islam?"

Apabila Hadrat Umar RA menyuruhnya untuk memberitahunya, Hadrat Khuraym menerangkan, "Saya dalam perjalanan mencari unta saya dan waktu malam tiba ketika saya berada di tempat yang bernama Abraqul Gharraaf, jadi saya pun menjerit sekuatnya, " 
Saya meminta tempat perlindungan dengan raja di tempat ini daripada orang-orangnya yang bodoh(jin)."


Tiba-tiba kedengaran suara (yang bermaksud):
Kamu tidak malu!Mintalah perlindungan daripada ALLAH, pemilik kehormatan.
Pemilik kepada kemuliaan, kebaikan dan kemurahan.
Bacalah ayat dari Surah Anfaad membuktikan keesaan ALLAH dan tiada lagi kerisauan.

Perkara ini amat menakutkan saya, dan apabila saya telah dapat mengawal diri, saya telah berkata,(yang bermaksud):
"Apakah yang kamu katakan wahai pemanggil?"
Apakah pimpinan bersama kamu atau kesesatan
Jika kamu telah dipimpin,terangkan kepada kami situasinya

Suara itu kemudiannya membaca beberapa ayat,(yang maksudnya):
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa semua kebaikan berda di Yastrib, 
memanggil orang-orang kepada keselamatan,
dia memerintahkan kami untuk berpuasa dan menunaikan solah,
dan memberi amaran terhadap semua kejahatan.

Saya kemudiannya mendorong tunggangan saya ke hadapan sambil mengucapkan kata-kata:
Pimpinlah saya bersama semoga ALLAh memimpinmu,
Semoga kamu dijauhkan dari kebuluran dan ketelanjangan,
Dan semoga kamu sentiasa menjadi pemimpin yang berkuasa,
Semoga kamu sekarang tidak akan menyusahkanku lagi kerana kebaikan yang dianugerahkan ke atasmu

Jin tersebut mengikutiku dan merangkapkan kata-kata:
Semoga ALLAH menemani kamu dan keselamatan ke atas kamu,
Semoga DIA menghantar kamu kepada keluargamu dengan tunggangan mu,
Yakin kepada Rasulullah S.A.W dan ALLAH S.W.T member kejayaan kepada kamu,    
Bantunya dan tuhanku akan membantumu


Saya kemudiannya bertanya kepadanya, "Siapa kamu? Semoga ALLAH merahmati kamu."
Dia menjawab, "Aku adalah Amr bin Uthaal dan saya telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W. sebagai gabenor bagi semua jin di kawasan Najd. Untamu akan dijaga sehinggalah kamu sampai kepada keluargamu."

Saya telah sampai ke Madinah pada pada Jumaat. Hadrat Abu Bakr RA datang kepada saya dan berkata, "Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kamu. Masuklah, berita kamu menerima Islam telah sampai kepada kami."
Apabila saya memberitahunya bahawa saya tidak tahu bagaimana cara menyucikan diri dengan baik, dia telah mengajarkan saya.
(Selepas menyucikan diri)Saya telah masuk ke masjid, ketika Rasulullah S.A.W. sedang menyampaikan khutbah di atas mimbar , saya melihat wajah baginda seperti bulan purnama(cantik dan bersinar).
Kebetulan pada waktu itu, baginda bersabda , "Apabila seorang muslim mengambil wudu dengan sempurna dan kemudian mengerjakan solah, ALLAH S.W.T pasti akan memasukkannya ke dalam syurga."
Umar RA telah berkata kepada saya, "Kamu akan menjadi saksi kepada hadith ini, jika tidak, aku akan menghukummu."
Uthman bin Affan RA, seorang yang terkemuka di kalangan orang Quraysh, telah menjadi saksi bagi pihak saya dan Umar RA telah menerima kesaksiannya.



(Dipetik dari kitab Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)

Hadhrat Umar R.A menjatuhkan jin dan syaitan dirantai pada zaman kekhalifahannya.

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Abu Waa'il meriwayatkan bahawa Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA pernah berkata,
Ketika seekor syaitan berjumpa dengan seorang sahabat dan berlawan dengannya, sahabat tersebut menjatuhkkannya ke atas tanah. Syaitan tersebut pun merayu kepadanya dengan berkata, " Lepaskan aku, dan aku kan mengajar kamu satu ayat yang akan menyebabkan setiap dari kami(syaitan) lari lintang pukang apabila mendengarnya."

Apabila sahabat tersebut melepaskannya, syaitan itu enggan mengajarkannya ayat itu. Sahabat itu pun berlawan dengannya sekali lagi dan menjatuhkannya lagi ke atas tanah.(Dan sekali lagi, syaitan itu merayu untuk dilepaskan dan berjanji untuk mengajarnya ayat tersebut). Akan tetapi, apabila sahabat tersebut memintanya untuk menunaikan janjinya, syaitan itu masih enggan, dan selepas pertarungan yang ketiga,
barulah syaitan itu berkata, "Ayat itu adalah di dalam Surah Baqarah daripada ayat ' ' sehingga tamat ayat.

"Wahai Abu Abdur Rahmaan!" seseorang telah bertanya kepada Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah gerangan sahabat itu?Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA menjawab,
"Siapa lagi kalau bukan Hadhrat Umar RA."

Dalam riwayat yang lain, Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA berkata, "Ketika seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah S.A.W berjumpa dengan seseorang lelaki dari kalangan jin dan mereka berlawan, manusia itu telah menjatuhkan jin tersebut. Jinn tersebut telah meminta pertarungan kedua diadakan, dan pada kali ini jin tersebut dijatuhkan lagi. Kemudian manusia itu bertanya, "Kamu Nampak sangat lemah dan pucat dan lengan kamu seperti lengan anjing. Adakah semua jin seperti ini?"

"Tidak, demi ALLAH!" jawab jin itu, " Sebahagian dari kami diciptakan sangat kuat.Namun, berlawanlah denganku untuk kali ketiga dan jika kamu Berjaya menjatuhkan aku, aku akan mengajar kamu sesuatu yang akan member manfaat yang bayak kepada kamu."
Manusia itu menjatuhkannya lagi untuk kali ketiga dan selepas itu dia bertanya, " Beritahulah aku apakah itu?"
"Adakah kamu membaca Aayatul Kursi?" jin tersebut bertanya.
Apabila manusia itu mengatakan bahawa dia membacanya, jin itu berkata, "Bilamana saja kamu membaca ayat tersebut di dalam rumah kamu, syaitan-syaitan akan meninggalkan rumah itu, menangis seperti keldai dan tidak akan memasukinya sehinggalah waktu pagi."

"Wahai Abu Abdur Rahmaan!" seseorang bertanya kepada Hadrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah sahabat Rasulullah S.A.W itu?"
Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA mengerut, berpaling ke arah orang tersebut dan berkata, "Siapa lagi kalau bukan Hadrat Umar RA."

Hadhrat Mujaahid berkata, "Kami diberitahu bahawa syaitan-syaitan diikat ketika zaman Khalifah Umar RA. Setelah kewafatannya, barulah syaitan-syaitan tersebut terlepas."


 (Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)




Gambar-gambar nabi

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

sambungan...
 Kami tinggal di sana selama 3 hari dan bertemu dengannya pada satu malam.Ketibaan kami, dia menunjukkan kepada kami satu peti besi besar yang diperbuat daripada emas yang mengandungi banyak bahagian yang kecil,  setiap bahagian itu mempunyai pintunya yang sendiri.


Dia mengalihkan cebisan sutera hitam  dan membukanya dan di dalammya  terkandung  gambar yang berwarna merah. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang mata dan pinggang yang besar. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang  mempunyai leher yang panjang sepertinya. Dia tidak berjanggut,  dua ikat rambut, dan merupakan salah satu daripada orang-orang yang  sangat indah dilihat yang telah Allah SWT telah ciptakan.

“Kamu tahu siapa dia?”' Heraclius bertanya.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Adam A.S.”

 Kami juga menyedari bahawa dia mempunya rambut yang sangat banyak berbanding dengan orang biasa.

Heraclius kemudiannya membuka bahagian yang lain daripada peti dan mengalihkan cebisan sutera hitam daripadanya yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan seorang yang berambut kerinting, mata yang kemerahan, dahi yang luas dan janggut yang tebal.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Nuh A.S.”

Bahagian lain dibuka dan cebisan sutera hitam dialihkan daripadanya yang mengandungi gambar seorang lelaki yang mempunya wajah yang sangat bercahaya. Dia mempunya mata yang cantik, dahinya jelas dan menarik perhatian, pipi yang panjang dan janggutnya putih. Wajah lelaki itu tersenyum.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ibrahim A.S.”

Kemudian dibuka lagi bahagian yang lain  yang mengandungi gambar yang berwarna putih. Demi Allah, itu adalah gambar Rasulullah.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami mengetahuinya” balas kami.
“Ini adalah Rasulullah S.A.W..”
Air mata kami mula bercucuran , Heraculis berdiri sebentar dan kemudian duduk.

“Kamu bersumpah dengan nama ALLAH yang  ini adalah dia(Rasulullah)?”
“Itu adalah beliau tanpa ragu-ragu.”
 “Itu adalah seperti kamu melihatnya yang sebenar.”

 Heraclius berkata, “Gambar ini dari bahagian  yang terakhir pada peti ini, saya membukanya awal untuk melihat reaksi kamu apabila melihatnya.”

Heraclius membuka bahagian lain lagi dan mengalihkan cebisan sutera hitam . Gambar tersebut menunjukkan lelaki yang wajahnya sangat perang dan gelap. Rambutnya kerinting, matanya dalam dan tajam. Dahinya berkerut , giginya diketap dan mulutnya ditutup dengan rapat. Wajahnya menunjukkan dia sangat marah.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Musa A.S.”

 Selepas dari gambar tersebut ialah gambar yang menyerupai hazrat Musa A.S. cuma rambutnya berminyak, dahinya luas dan matanya sedikit juling.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Harun bin Imran A.S.”

Pada bahagian peti yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang berkulit perang dengan rambut yang lurus. Ketinggian badannya pada takat yang biasa . Wajahnya menunjukkan dia sedang marah.


“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Lut A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih , kami melihat pada gambar itu lelaki yang sangat kacak dengan muka yang kemerahan.Hidungnya mancung, pipi yang nipis dan wajahnya sempurna.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ishaq A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih  , gambar tersebut lebih kurang seperti Ishaq  cuma dia mempunyai tahi lalat pada mulutnya.

'“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Yaakob A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera hitam ,ia mengandugi gambar sseseorang yang mempunya kulit yang cantik, mempunyai hidung yang mancung, muka yang kacak dan badannya sempurna.Wajahnya bercahaya , sifat rendah diri dapat dilihat dari raut wajahnya yang sedikit kemerahan.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ismail A.S., datuk kepada nabi kamu.

Membuka lagi bahagian yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar seseorang yang menyerupai Hadrat Adam A.S dan wajahnya seperti matahari itu sendiri.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Yusuf A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang wajahnya kemerahan. Dia mempunya betis yang kecil, matanya juga kecil , ototnya besar dan ketinggian yang biasa. Dia menggantungkan pedang disekeliling lehernya.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Daud  A.S.”

Pada bahagian yang lain, dibuka dan dialihkan cebisan sutera putih . Ia mengandungi gambar lelaki yang mempunyai pinggang yang besar dan kaki yang panjang. Dia sedang menunggang kuda.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Sulaiman bin Daud  A.S.”

Dibuka lagi bahagian yang lain dan dialihkan cebisan sutera hitam yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan lelaki yang muda, janggut yang hitam pekat, rambut tebal, matanya tajam dam mukanya kacak.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Isa bin Maryam  A.S.”

Kami telah bertanya kepada Heraclius , “Dari mana kamu mendapat gambar-gambar itu? Kami membenarkan gambar tersebut kerana ia mengandungi gambar yang serupa seperti nabi kami.”

Heraclius menerangkan, “Gambar-gambar tersebut telah diberikan kepada Adam A.S. apabila beliau meminta kepada tuhannya supaya menunjukkan kepadanya para nabi dari keturunannya. Gambar ini kemudiannya disimpan di tempat di mana matahari terbenam.kemudian Zulkarnain telah mengambilnya dan memberikannya kepada Danial A.S.

“Dengar baik-baik! Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku lebih sanggup mengorbankan kerajaanku dan menjadi hamba kepada ketua yang terhina di kalangan kamu dan mati seperti itu(daripada aku memeluk Islam dan dimalukan di depan semua rakyatku).” Heraclius kemudiannya memberikan kepada kami hadiah yang mahal dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami.

Kami pulang dan melaporkan kepada Hadrat Abu Bakr tentang segala apa yang kami lihat dan segala sesuatu  tentang apa yang diperkatakan oleh Heraclius.
Mendengar laporan tersebut, air mata Hadrat Abu Bakr berlinangan dan berkata,

“Orang yang kasihan,jika ALLAH mahukan kebaikan untuknya, maka dia pasti memeluk Islam. Rasulullaah S.A.W. memberitahu kami bahawa mereka(orang-orang kristian  seperti Heraclius)dan juga orang-orang yahudi,mempunyai keterangan tentang Muhammad bersama mereka.”

Hadrat Jubayr bin Mut'im R.A berkata, "(Ketika aku di bawa oleh beberapa paderi ke gereja) mereka(menunjukkan kea rah suatu gambar dan)bertanya,


“Adakah kamu lihat dia?”
Ketika saya melihat, saya mendapati gambar itu seperti gambar Rasulullah S.A.W.
Saya juga mendapati gambar Abu Bakr R.A. yang mana telah mengikuti jejak langkah Rasulullah S.A.W.

“Adakah kamu nampak ciri-cirinya?”Mereka bertanya.
'Saya sudah pasti” jawab saya.

Sambil menunjukkan ke arah gambar Rasulullah, mereka bertanya, “Adakah ini dia(Rasulullah)?”
Saya menjawab, “Demi Allah! Itulah dia. Saya pasti itulah dia.”

Mereka bertanya lagi, “ Dan adakah kamu mengenali seseorang yang mengikuti jejak langkahnya?”  Ketika saya membenarkannya soalan itu, mereka berkata, “Kami pasti bahawa dia adalah ketua kamu pada masa ini dan khalifah selepasnya.”

Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Hadrat Jubair R.A bertanya, “ Dan siapakah  orang yang mengikutinya itu?” paderi-paderi itu menjawab, “Sepatutnya, akan ada nabi selepas nabi, kecuali nabi ini(Rasulullaah S.A.W.)Tidak aka nada nabi lagi selepasnya, jadi di sini ialah khalifah.” Apabila Hadrat Jubair melihat dengan lebih dekat lagi (pada gambar tersebut), dia mendapati bahawa orang tersebut ialah Hadrat Abu Bakr R.A.

 (Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)