Hadhrat Khuraym bin Faatik RA mendengar suara jin yang mengajaknya memeluk Islam.

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa
Hadhrat Khuraym bin Faatik RA pernah berkata kepada Hadhrat Umar bin Khattaab RA, "Wahai Ameerul Mu'mineen! Patutkah saya menceritakan kepada kamu bagaimana saya memeluk Islam?"

Apabila Hadrat Umar RA menyuruhnya untuk memberitahunya, Hadrat Khuraym menerangkan, "Saya dalam perjalanan mencari unta saya dan waktu malam tiba ketika saya berada di tempat yang bernama Abraqul Gharraaf, jadi saya pun menjerit sekuatnya, " 
Saya meminta tempat perlindungan dengan raja di tempat ini daripada orang-orangnya yang bodoh(jin)."


Tiba-tiba kedengaran suara (yang bermaksud):
Kamu tidak malu!Mintalah perlindungan daripada ALLAH, pemilik kehormatan.
Pemilik kepada kemuliaan, kebaikan dan kemurahan.
Bacalah ayat dari Surah Anfaad membuktikan keesaan ALLAH dan tiada lagi kerisauan.

Perkara ini amat menakutkan saya, dan apabila saya telah dapat mengawal diri, saya telah berkata,(yang bermaksud):
"Apakah yang kamu katakan wahai pemanggil?"
Apakah pimpinan bersama kamu atau kesesatan
Jika kamu telah dipimpin,terangkan kepada kami situasinya

Suara itu kemudiannya membaca beberapa ayat,(yang maksudnya):
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa semua kebaikan berda di Yastrib, 
memanggil orang-orang kepada keselamatan,
dia memerintahkan kami untuk berpuasa dan menunaikan solah,
dan memberi amaran terhadap semua kejahatan.

Saya kemudiannya mendorong tunggangan saya ke hadapan sambil mengucapkan kata-kata:
Pimpinlah saya bersama semoga ALLAh memimpinmu,
Semoga kamu dijauhkan dari kebuluran dan ketelanjangan,
Dan semoga kamu sentiasa menjadi pemimpin yang berkuasa,
Semoga kamu sekarang tidak akan menyusahkanku lagi kerana kebaikan yang dianugerahkan ke atasmu

Jin tersebut mengikutiku dan merangkapkan kata-kata:
Semoga ALLAH menemani kamu dan keselamatan ke atas kamu,
Semoga DIA menghantar kamu kepada keluargamu dengan tunggangan mu,
Yakin kepada Rasulullah S.A.W dan ALLAH S.W.T member kejayaan kepada kamu,    
Bantunya dan tuhanku akan membantumu


Saya kemudiannya bertanya kepadanya, "Siapa kamu? Semoga ALLAH merahmati kamu."
Dia menjawab, "Aku adalah Amr bin Uthaal dan saya telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W. sebagai gabenor bagi semua jin di kawasan Najd. Untamu akan dijaga sehinggalah kamu sampai kepada keluargamu."

Saya telah sampai ke Madinah pada pada Jumaat. Hadrat Abu Bakr RA datang kepada saya dan berkata, "Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kamu. Masuklah, berita kamu menerima Islam telah sampai kepada kami."
Apabila saya memberitahunya bahawa saya tidak tahu bagaimana cara menyucikan diri dengan baik, dia telah mengajarkan saya.
(Selepas menyucikan diri)Saya telah masuk ke masjid, ketika Rasulullah S.A.W. sedang menyampaikan khutbah di atas mimbar , saya melihat wajah baginda seperti bulan purnama(cantik dan bersinar).
Kebetulan pada waktu itu, baginda bersabda , "Apabila seorang muslim mengambil wudu dengan sempurna dan kemudian mengerjakan solah, ALLAH S.W.T pasti akan memasukkannya ke dalam syurga."
Umar RA telah berkata kepada saya, "Kamu akan menjadi saksi kepada hadith ini, jika tidak, aku akan menghukummu."
Uthman bin Affan RA, seorang yang terkemuka di kalangan orang Quraysh, telah menjadi saksi bagi pihak saya dan Umar RA telah menerima kesaksiannya.



(Dipetik dari kitab Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)