Gambar-gambar nabi

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

sambungan...
 Kami tinggal di sana selama 3 hari dan bertemu dengannya pada satu malam.Ketibaan kami, dia menunjukkan kepada kami satu peti besi besar yang diperbuat daripada emas yang mengandungi banyak bahagian yang kecil,  setiap bahagian itu mempunyai pintunya yang sendiri.


Dia mengalihkan cebisan sutera hitam  dan membukanya dan di dalammya  terkandung  gambar yang berwarna merah. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang mata dan pinggang yang besar. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang  mempunyai leher yang panjang sepertinya. Dia tidak berjanggut,  dua ikat rambut, dan merupakan salah satu daripada orang-orang yang  sangat indah dilihat yang telah Allah SWT telah ciptakan.

“Kamu tahu siapa dia?”' Heraclius bertanya.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Adam A.S.”

 Kami juga menyedari bahawa dia mempunya rambut yang sangat banyak berbanding dengan orang biasa.

Heraclius kemudiannya membuka bahagian yang lain daripada peti dan mengalihkan cebisan sutera hitam daripadanya yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan seorang yang berambut kerinting, mata yang kemerahan, dahi yang luas dan janggut yang tebal.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Nuh A.S.”

Bahagian lain dibuka dan cebisan sutera hitam dialihkan daripadanya yang mengandungi gambar seorang lelaki yang mempunya wajah yang sangat bercahaya. Dia mempunya mata yang cantik, dahinya jelas dan menarik perhatian, pipi yang panjang dan janggutnya putih. Wajah lelaki itu tersenyum.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ibrahim A.S.”

Kemudian dibuka lagi bahagian yang lain  yang mengandungi gambar yang berwarna putih. Demi Allah, itu adalah gambar Rasulullah.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami mengetahuinya” balas kami.
“Ini adalah Rasulullah S.A.W..”
Air mata kami mula bercucuran , Heraculis berdiri sebentar dan kemudian duduk.

“Kamu bersumpah dengan nama ALLAH yang  ini adalah dia(Rasulullah)?”
“Itu adalah beliau tanpa ragu-ragu.”
 “Itu adalah seperti kamu melihatnya yang sebenar.”

 Heraclius berkata, “Gambar ini dari bahagian  yang terakhir pada peti ini, saya membukanya awal untuk melihat reaksi kamu apabila melihatnya.”

Heraclius membuka bahagian lain lagi dan mengalihkan cebisan sutera hitam . Gambar tersebut menunjukkan lelaki yang wajahnya sangat perang dan gelap. Rambutnya kerinting, matanya dalam dan tajam. Dahinya berkerut , giginya diketap dan mulutnya ditutup dengan rapat. Wajahnya menunjukkan dia sangat marah.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
“Ini adalah hazrat Musa A.S.”

 Selepas dari gambar tersebut ialah gambar yang menyerupai hazrat Musa A.S. cuma rambutnya berminyak, dahinya luas dan matanya sedikit juling.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Harun bin Imran A.S.”

Pada bahagian peti yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang berkulit perang dengan rambut yang lurus. Ketinggian badannya pada takat yang biasa . Wajahnya menunjukkan dia sedang marah.


“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Lut A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih , kami melihat pada gambar itu lelaki yang sangat kacak dengan muka yang kemerahan.Hidungnya mancung, pipi yang nipis dan wajahnya sempurna.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ishaq A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih  , gambar tersebut lebih kurang seperti Ishaq  cuma dia mempunyai tahi lalat pada mulutnya.

'“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Yaakob A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera hitam ,ia mengandugi gambar sseseorang yang mempunya kulit yang cantik, mempunyai hidung yang mancung, muka yang kacak dan badannya sempurna.Wajahnya bercahaya , sifat rendah diri dapat dilihat dari raut wajahnya yang sedikit kemerahan.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Ismail A.S., datuk kepada nabi kamu.

Membuka lagi bahagian yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar seseorang yang menyerupai Hadrat Adam A.S dan wajahnya seperti matahari itu sendiri.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Yusuf A.S.”

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang wajahnya kemerahan. Dia mempunya betis yang kecil, matanya juga kecil , ototnya besar dan ketinggian yang biasa. Dia menggantungkan pedang disekeliling lehernya.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Daud  A.S.”

Pada bahagian yang lain, dibuka dan dialihkan cebisan sutera putih . Ia mengandungi gambar lelaki yang mempunyai pinggang yang besar dan kaki yang panjang. Dia sedang menunggang kuda.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Sulaiman bin Daud  A.S.”

Dibuka lagi bahagian yang lain dan dialihkan cebisan sutera hitam yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan lelaki yang muda, janggut yang hitam pekat, rambut tebal, matanya tajam dam mukanya kacak.

“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.
“Kami tidak tahu.” balas kami.
 “Ini adalah hazrat Isa bin Maryam  A.S.”

Kami telah bertanya kepada Heraclius , “Dari mana kamu mendapat gambar-gambar itu? Kami membenarkan gambar tersebut kerana ia mengandungi gambar yang serupa seperti nabi kami.”

Heraclius menerangkan, “Gambar-gambar tersebut telah diberikan kepada Adam A.S. apabila beliau meminta kepada tuhannya supaya menunjukkan kepadanya para nabi dari keturunannya. Gambar ini kemudiannya disimpan di tempat di mana matahari terbenam.kemudian Zulkarnain telah mengambilnya dan memberikannya kepada Danial A.S.

“Dengar baik-baik! Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku lebih sanggup mengorbankan kerajaanku dan menjadi hamba kepada ketua yang terhina di kalangan kamu dan mati seperti itu(daripada aku memeluk Islam dan dimalukan di depan semua rakyatku).” Heraclius kemudiannya memberikan kepada kami hadiah yang mahal dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami.

Kami pulang dan melaporkan kepada Hadrat Abu Bakr tentang segala apa yang kami lihat dan segala sesuatu  tentang apa yang diperkatakan oleh Heraclius.
Mendengar laporan tersebut, air mata Hadrat Abu Bakr berlinangan dan berkata,

“Orang yang kasihan,jika ALLAH mahukan kebaikan untuknya, maka dia pasti memeluk Islam. Rasulullaah S.A.W. memberitahu kami bahawa mereka(orang-orang kristian  seperti Heraclius)dan juga orang-orang yahudi,mempunyai keterangan tentang Muhammad bersama mereka.”

Hadrat Jubayr bin Mut'im R.A berkata, "(Ketika aku di bawa oleh beberapa paderi ke gereja) mereka(menunjukkan kea rah suatu gambar dan)bertanya,


“Adakah kamu lihat dia?”
Ketika saya melihat, saya mendapati gambar itu seperti gambar Rasulullah S.A.W.
Saya juga mendapati gambar Abu Bakr R.A. yang mana telah mengikuti jejak langkah Rasulullah S.A.W.

“Adakah kamu nampak ciri-cirinya?”Mereka bertanya.
'Saya sudah pasti” jawab saya.

Sambil menunjukkan ke arah gambar Rasulullah, mereka bertanya, “Adakah ini dia(Rasulullah)?”
Saya menjawab, “Demi Allah! Itulah dia. Saya pasti itulah dia.”

Mereka bertanya lagi, “ Dan adakah kamu mengenali seseorang yang mengikuti jejak langkahnya?”  Ketika saya membenarkannya soalan itu, mereka berkata, “Kami pasti bahawa dia adalah ketua kamu pada masa ini dan khalifah selepasnya.”

Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Hadrat Jubair R.A bertanya, “ Dan siapakah  orang yang mengikutinya itu?” paderi-paderi itu menjawab, “Sepatutnya, akan ada nabi selepas nabi, kecuali nabi ini(Rasulullaah S.A.W.)Tidak aka nada nabi lagi selepasnya, jadi di sini ialah khalifah.” Apabila Hadrat Jubair melihat dengan lebih dekat lagi (pada gambar tersebut), dia mendapati bahawa orang tersebut ialah Hadrat Abu Bakr R.A.

 (Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)