Hadhrat Umar R.A menjatuhkan jin dan syaitan dirantai pada zaman kekhalifahannya.

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Abu Waa'il meriwayatkan bahawa Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA pernah berkata,
Ketika seekor syaitan berjumpa dengan seorang sahabat dan berlawan dengannya, sahabat tersebut menjatuhkkannya ke atas tanah. Syaitan tersebut pun merayu kepadanya dengan berkata, " Lepaskan aku, dan aku kan mengajar kamu satu ayat yang akan menyebabkan setiap dari kami(syaitan) lari lintang pukang apabila mendengarnya."

Apabila sahabat tersebut melepaskannya, syaitan itu enggan mengajarkannya ayat itu. Sahabat itu pun berlawan dengannya sekali lagi dan menjatuhkannya lagi ke atas tanah.(Dan sekali lagi, syaitan itu merayu untuk dilepaskan dan berjanji untuk mengajarnya ayat tersebut). Akan tetapi, apabila sahabat tersebut memintanya untuk menunaikan janjinya, syaitan itu masih enggan, dan selepas pertarungan yang ketiga,
barulah syaitan itu berkata, "Ayat itu adalah di dalam Surah Baqarah daripada ayat ' ' sehingga tamat ayat.

"Wahai Abu Abdur Rahmaan!" seseorang telah bertanya kepada Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah gerangan sahabat itu?Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA menjawab,
"Siapa lagi kalau bukan Hadhrat Umar RA."

Dalam riwayat yang lain, Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA berkata, "Ketika seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah S.A.W berjumpa dengan seseorang lelaki dari kalangan jin dan mereka berlawan, manusia itu telah menjatuhkan jin tersebut. Jinn tersebut telah meminta pertarungan kedua diadakan, dan pada kali ini jin tersebut dijatuhkan lagi. Kemudian manusia itu bertanya, "Kamu Nampak sangat lemah dan pucat dan lengan kamu seperti lengan anjing. Adakah semua jin seperti ini?"

"Tidak, demi ALLAH!" jawab jin itu, " Sebahagian dari kami diciptakan sangat kuat.Namun, berlawanlah denganku untuk kali ketiga dan jika kamu Berjaya menjatuhkan aku, aku akan mengajar kamu sesuatu yang akan member manfaat yang bayak kepada kamu."
Manusia itu menjatuhkannya lagi untuk kali ketiga dan selepas itu dia bertanya, " Beritahulah aku apakah itu?"
"Adakah kamu membaca Aayatul Kursi?" jin tersebut bertanya.
Apabila manusia itu mengatakan bahawa dia membacanya, jin itu berkata, "Bilamana saja kamu membaca ayat tersebut di dalam rumah kamu, syaitan-syaitan akan meninggalkan rumah itu, menangis seperti keldai dan tidak akan memasukinya sehinggalah waktu pagi."

"Wahai Abu Abdur Rahmaan!" seseorang bertanya kepada Hadrat Abdullaah bin Mas'ood RA,
"Siapakah sahabat Rasulullah S.A.W itu?"
Hadhrat Abdullaah bin Mas'ood RA mengerut, berpaling ke arah orang tersebut dan berkata, "Siapa lagi kalau bukan Hadrat Umar RA."

Hadhrat Mujaahid berkata, "Kami diberitahu bahawa syaitan-syaitan diikat ketika zaman Khalifah Umar RA. Setelah kewafatannya, barulah syaitan-syaitan tersebut terlepas."


 (Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)