Ikhlas

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Hati yang ikhlas,
Umpama semut yang hitam,
Di atas batu yang hitam,
Di kegelapan malam,
Tiada diketahui orang,
Hanya dalam pengetahuan tuhan,

Amal yang ikhlas,
Umpama tangan kanan yang memberi,
Disorokkan pula tangan kiri,
Tiada berharap untuk dipuji,
Cukuplah ALLAH untuk mengadili,

Manusia yang ikhlas,
Ramai mengaku ikhlas,
Menjaja nama melakukan kebaikan,
Pujian orang diharapkan,
Supaya gambar di muka depan,
Media massa harian,

Manusia yang ikhlas,
Bukannya orang yang mengaku ikhlas,
Juga untuk mendapatkan kepentingan tertentu,
Ingatlah kamu,
Kekayaan dan kekuasaan bukannya penentu,
Kejayaan di hari itu.

Manusia yang ikhlas,
Hidup dan matinya,
Semata-mata kerana ALLAH,
Kutukan dan pujian tiada beza,
Hanya mengharap keredhaan ALLAH.

(Hasil nukilan sasterawan kacak, 5 Julai 2009)









Hayatus Sahabah III - Kisah Istana romawi bergegar dengan kalimah ALLAH

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:



Hadrat Hishaam bin Aas Umawi R.A menceritakan "Saya dan seorang lelaki telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakr R.A untuk mengajak Heraclius, raja empayar romawi kepada Islam. Kami telah memulakan perjalanan kami dan setibanya kami di Ghowta , satu daerah di Damascus, kami telah berjumpa dengan Jabalah bin Ayham Ghassaani (pemerintah kawasan tersebut).



Dia duduk di atas takhtanya dan menghantar utusannya kepada kami untuk berkata-kata dengan kami. Walaubagaimanapun, kami telah berkata, “ Demi Allah, kami sekali-kali tidak akan bercakap dengan utusan ini, sebab kami dihantar ke sini untuk bercakap secara terus dengan pemerintah, Jika dibenarkan, kami akan bercakap dengannya, tetapi bukan bercakap dengan utusan.Apabila utusan tersebut melaporkan hal tersebut kepadanya, dia telah memberi kebenaran dan menyuruh kami supaya bercakap.

Saya telah menceritakan dan mengajaknya kepada Islam.Apabila saya bertanya kepadanya tentang baju hitam yang dipakainya, dia menjawab, “Apabila aku memakai pakaian ini, aku telah bersumpah untuk tidak menanggalkannya sehinggalah aku menghalau kamu dan orang-orang kamu dari Sham. Saya telah membalas kata-katanya dengan menjawab, “Di tempat ini, aku bersumpah dengan nama Allah, kami pasti akan mengambil alih Sham daripada kamu. Kami juga akan mengambil alih empayar ini, Insha Allah. Nabi Kami, Muhammad S.A.W memberitahu kami tentang perkara ini.Daripada kata-kata saya ini, dia(Jabalah bin Ayham Ghassaani) berkata, “Kamu bukanlah orang yang dimaksudkan tersebut kerana mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang berpuasa di siang hari dan bersolat di malam hari.”


Kemudian dia bertanya, “ Bagaimana kamu dan orang-orang kamu berpuasa?” Apabila kami memberi jawapan, wajahnya terus pucat dan dia menyuruh kami untuk meninggalkannya. Selepas itu, dia telah menghantar utusannya untuk membawa kami berjumpa raja Heraclius.


Apabila kami sampai di tempat yang ditetapkan, utusan yang menemani kami berkata, “ Binatang tunggangan kamu(keldai yang kurus) tidak dibenarkan untuk memasuki tempat ini. Jika kamu mahu, kami akan memberikan kamu kuda kacukan ataupun bangal untk ditunggangi.' 'Demi Allaah!'kami membalas, “Kami tidak akan memasuki bandar ini kecuali degan binatang kami ini(keldai yang kurus).


Mendengarkan kata-kata kami tersebut, utusan tersebut pun memberitahu keengganan kami kepada rajanya. Dan kami telah dibenarkan untuk masuk ke bandar tersebut bersama haiwan tunggangan kami. Dengan pedang yang bergantungan di leher kami, kami memasuki bandar tersebut dan sampai ke istana raja romawi. Dia(raja romawi) melihat kami dari atas istananya sedang kami duduk di atas keldai kami di bawah dan melaungkan kalimah (Laa Ilaaha Illallaah,Allahakbar. Allaah lebih megetahui bahawa istana itu bergegar sepertimana ranting pokok yang bergoyang apabila ditiup angin. Dia(raja romawi) memberitahu utusannya supaya melarang kami daripada melaungkan sebarang kata-kata , jadi kami pun dibenarkan untuk memasuki istana tersebut. Apabila kami memasuki istananya, kami melihat dia duduk di atas hamparan yang empuk bersama dengan ketua tenteranya. Semua yang ada di dalam tersebut merah belaka, juga segala yang terdapat di sekelilingnya hatta baju yang dipakainya juga berwarna merah.



Ketika kami berjalan masuk, dia ketawa dan berkata, “Apakah yang menyebabkan kamu berani menyapaku dengan perkataan yang kamu gunakan sesama kamu?" Bersama-samanya ada seorang lelaki yang fasih berbahasa arab sebagai penterjemahnya. Kami menjawab, “Adalah dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa kami gunakan sesama kami, juga dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa digunakan sesama kamu." "Dan apakah perkataan yang kamu gunakan ketika menyapa orang-orang kamu?" dia(Heraculis) bertanya. "Assalamualaikum"jawab kami.

Dia bertanya, “Bagaimana kamu menyapa pemimpin kamu?” “Dengan perkataan yang sama.”kami menjawab. “Dan apa jawapannya?”dia ingin tahu. “Perkataan yang sama juga,” balas kami.

Heraclius bertanya lagi, “Apakah perkataan kamu yang paling mulia?” Kami menjawab dengan berkata, “Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar!” Istana tersebut bergegar dengan dahsyatnya setelah kami melaungkan perkataan tersebut sehingga raja tersebut mengangkat kepalanya melihat sekeliling. Dia bertanya lagi, “ Perkataan yang kamu ucapkan tadi membuatkan istana ini bergegar. Adakah setiap kali kamu mengucapkannya, bangunan-bangunan di tempat kamu juga bergegar sepertiman yang berlaku tadi?” “Tidak,” kami menjawab. “Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku kecuali ketika bersama kamu.”

Dia kemudiannya berkata, “ Walaupun separuh daripada kerajaanku ini musnah,aku berharap agar setiap kali kamu mengucapkan perkataan tersebut, ia akan menyebabkan bangunan di sekeliling kamu runtuh dan menimpa kamu sendiri.” “ Mengapa begitu?” kami bertanya. “Kerana..”dia menerangkan, “ ini adalah lebih baik daripada menzahirkan tanda-tanda kenabian, dan perkara tersebut hanya akan diketahui oleh umum sebagai konspirasi.” Kemudian dia bertanya kepada kami banyak soalan dan kami menjawabnya dengan teliti sekali. Dia juga bertanya kepada kami bagaimana kami menunaikan solah dan berpuasa.Selepas menerangkan kepadanya,dia telah membawa kami ke suatu tempat....

bersambung dalam kisah gambar-gambar nabi...

(Dipetik dari kitab hayatus sahabah jilid 3 karangan Maulana Yusuf Kandahlawi)

EMPAT JENIS HATI

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:



Hadhrat Huzaifah  R.A pernah berkata :

"Hati ada empat macam; (1) hati yang gelap,iaitu hati orang-orang kafir, (2) hati bermuka dua, iaitu hati orang-orang munafiq (3) hati yang bersih yang mengandungi sinaran cahaya, iaitu hati orang-orang yang beriman, (4) hati yang mengandungi iman dan nifaq.
Misalan bagi iman ialah seperti pokok yang tumbuh membesar dengan air yang suci manakala perumpamaan bagi nifaq ialah  seperti bisul yang membesar dengan nanah dan darah. Maksudnya hati akan dikuasai oleh salah satu daripada keduanya(iman dan nifaq) yang lebih kuat."


(Abu Nu'aym dalam  Hilya (Vol.1 Pg.276).)

TIGA GOLONGAN

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Hadhrat Samurah bin Jundub R.A  bercerita  bahawa Amirul Mukminin Hadhrat Umar  al Khattab R.A pernah berkata,

“Lelaki terbahagi kepada tiga dan wanita terbahagi kepada tiga”

Tiga golongan wanita

 “Seorang perempuan yang suci,muslim,lemah lembut, penyayang dan mempunyai ramai anak. Dia mendidik keluarganya agar tidak terpengaruh dengan peredaran zaman(cth fesyen) dan melakukan kebaikan pada waktunya untuk keluarganya.Akan tetapi, payah untuk dijumpai wanita seperti itu.”

“Perempuan kedua adalah mereka yang banyak meminta dan tidak menyumbang apa-apa melainkan hanya menjaga anak-anaknya.”

  
“Perempuan ketiga adalah seperti parasit yang mana Allah SWT meletakkannya kepada sesiapa yang disukainya dan mengambilnya daripada sesiapa yang disukainya.”

Tiga golongan lelaki,

 “Seorang lelaki yang suci, bertolak ansur, lemah lembut, bijaksana dan selalu memberikan kamu nasihat yang terbaik.Tidak kira apa yang berlaku sekalipun, dia akan bermesyuarat dengan yang lain, dan masalah biasanya diselesaikan melalui pendapatnya.”

“Lelaki seterusnya adalah lelaki yang pendiam tetapi apabila timbul masalah,dia meminta pendapat dan melakukan apa yang dinasihatkan.”

“Lelaki ketiga adalah mereka yang kebingungan  yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dia tidak meminta pendapat orang lain dan tidak mempedulikan nasihat yang diberikan.”

(Dipetik daripada kitab Hayatus Sahabah jilid 3 karangan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)

Kelebihan kayu sugi berbanding ubat gigi biasa

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:


Artikel ini saya lampirkan bertujuan untuk membetulkan salah-faham sahabat-sahabat tentang fakta bahawa sunnah nabi kita akan berubah mengikut aliran masa.Di sini saya ingin mengetengahkan bukti bahawa setiap apa yang di bawa oleh nabi kita sentiasa relevan sepanjang zaman.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” (Riwayat Al-Bukhari). 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Riwayat Al-Bukhari).


Penyakit Gigi Karies (Caries)
Penyakit karies atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu kardohidrat yang dapat diragikan.
Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.
Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.
Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.
WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.


Nilai pharmacology Siwak
Penelitian El-Mostehy et al (1995) cit Darout (2000) tentang analisis kandungan batang kayu siwak kering (Salvadora persica) dengan ekstrak menggunakan etanol 80% kemudian dilanjutkan dengan ether lalu diteliti kandungannya melalui prosedur kimia seperti: trimetilamin, alkaloid (di duga sebagai salvadorin), klorida, sejumlah besar tannin, saponin, flavanoid, dan sterol. Darout et al (2000) melaporkan bahawa daya antimikrobial dan effect pembersih pada siwak telah terdeteksi pada ekstraknya. Kesan ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadourea dan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, jugacyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate.

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies
Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi

Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, M. Ragaii El-Mostehy et al melaporkan dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation): “It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”
Sayyid Quthb menegaskan bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relatif dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan Al-Quran &al-Hadith memberikan kita hakikat yang final dan mutlak. Fakta hadith hanya menyebutkan bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini (hadith) dengan itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya!

Akibat Tangan-tangan syiah

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Disini saya lampirkan apa yang saya dapat untuk kita semua kongsi bersama. Semoga mendapat kebaikan, Insyaallah.

Ajaran Syiah

Diasaskan oleh Abdullah ibn Saba’,seorang yahudi yang berpura-pura mengaku Islam. Golongan Syiah memusuhi sebaik baik para sahabat.Ini sebenarnya sbg tindak balas dan dendam mereka terhadap para sahabat yg menawan negara Parsi(Iran sekarang) yg dahulunya majusi sblm islam..
Ajaran mereka walaupun dikaitkan dgn islam,tetapi pada hakikatnya ia dibaluti dgn roh majusi yg sgt mendendami generasi awal islam.

Antara kejahatan yg dilakukan :

1)Abdullah mengetuai angkatan membunuh khalifah Uthman dirumahnya

2)Pencetus kpd perang Jamal diantara pihak Ali dan pihak Aisyah RA

Kesepakatan kata utk berdamai antara tentera Ali dan Aisyah tlh dicemari olh hasutan fitnah Syiah.Menyusul perang Sifffin dlm sejarah dimana antara khalifah Muawiyah dan Khalifah Ali.Tuntutan Muawiyah agar pembunuh Saidina Uthman diqisas balik sblm beliau akn berbaiah kpd Ali namun dipihak Ali keadaan belum mengizinkan utk bertindak keatas pembunuh khalifah Uthman.

Disini pihak Muawiyah dipanggil “bughah”(melampau) namun tidak tergolong dlm golongan kufur krn beliau berijtihad,tidak menurut Imam(Ali) krn yakin kebenaran bersama dgnnnya walaupun dipihak Ali adalah lebih hampir.

Sabda Nabi S.A.W:
Akan ada dikalangan umatku 2 pihak,kemudian muncul antara kedua-duanya golongan yang terkeluar dari agama(Khawarij).mereka(khawarij) akn diperangi olh pihak yg plg hampir dgn kebenaran”
-(Riwayat Muslim)


3)Memfitnah Yazid Ibn Muawiyah yang membunuh Saidina Hussain di Karbala.

Kesimpulannya Syiahlah yg memalsukan fakta dan mencemari keistimewaan yg dijanjikan nabi Muhammad S.a.w terhadap para sahabat.juga menyebabkan Khalifah Muawiyah dilupakan terus dlm salasiah dunia kekhalifatan,menjadikan beliau khalifah rassyid yg teraniaya.
Apa yang pasti kaum muslimin sekarang mengambil jalan mudah dengan memohon keampunan Allah keatas para sahabat terhadap peristiwa yg berlaku tanpa mengambil inisiatif mencari dan berusaha menyucikan sejarah diatas fitnah dan cacian terhadap mereka yg dipelopori yahudi.



Sumber:”Pertelingkahan para sahabat Nabi S.a.w:Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah”:Mohd Asri Zainul Abidin” dan Saiyidina Muawiyah
Khalifah Rassyid yang Teraniaya”:Maulana Muhammad Asri Yusoff”,I magazines,Ogos.


Kucing o Kucing

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Daripada nukilan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam Dzammul Muwaswisiin Wattahdzir Minal Waswasah yang merupakan syarah beliau kepada kitab Mencela Was-was karangan Imam Ibn Qudamah. Beliau menuliskan begini;

Mengenai kucing,Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Dia itu bukanlah sesuatu yang najis. Dia adalah antara binatang jinak yang selalu hidup dengan kamu.”

Subhanallah, indahnya ciptaan ALLAH, setiap apa yang diciptanya tidaklah sia-sia. Bagi aku, kucing adalah binatang yang menghiasi kehidupan manusia. Dengan melihat sahaja dapat menenangkan fikiran aku.Ingin aku belai dan usap-usap kau wahai kucing. Tapi apakah daya aku berada di tempat kucing yang tak kenal orang.
“Ya ALLAH, jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur”

Menjelangnya Musim Imtihan

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Tempoh Imtihan : 2 bulan lebih sikit (26 April-5 Julai 2009)
Tempat Imtihan  : Universiti Mansurah
Persediaan        : Insyaallah
Tahap Stress     :  Tiada stress
Penggunaan masa : secara sederhana
Kerisauan          :  sederhana