Hayatus Sahabah III - Kisah Istana romawi bergegar dengan kalimah ALLAH

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:



Hadrat Hishaam bin Aas Umawi R.A menceritakan "Saya dan seorang lelaki telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakr R.A untuk mengajak Heraclius, raja empayar romawi kepada Islam. Kami telah memulakan perjalanan kami dan setibanya kami di Ghowta , satu daerah di Damascus, kami telah berjumpa dengan Jabalah bin Ayham Ghassaani (pemerintah kawasan tersebut).



Dia duduk di atas takhtanya dan menghantar utusannya kepada kami untuk berkata-kata dengan kami. Walaubagaimanapun, kami telah berkata, “ Demi Allah, kami sekali-kali tidak akan bercakap dengan utusan ini, sebab kami dihantar ke sini untuk bercakap secara terus dengan pemerintah, Jika dibenarkan, kami akan bercakap dengannya, tetapi bukan bercakap dengan utusan.Apabila utusan tersebut melaporkan hal tersebut kepadanya, dia telah memberi kebenaran dan menyuruh kami supaya bercakap.

Saya telah menceritakan dan mengajaknya kepada Islam.Apabila saya bertanya kepadanya tentang baju hitam yang dipakainya, dia menjawab, “Apabila aku memakai pakaian ini, aku telah bersumpah untuk tidak menanggalkannya sehinggalah aku menghalau kamu dan orang-orang kamu dari Sham. Saya telah membalas kata-katanya dengan menjawab, “Di tempat ini, aku bersumpah dengan nama Allah, kami pasti akan mengambil alih Sham daripada kamu. Kami juga akan mengambil alih empayar ini, Insha Allah. Nabi Kami, Muhammad S.A.W memberitahu kami tentang perkara ini.Daripada kata-kata saya ini, dia(Jabalah bin Ayham Ghassaani) berkata, “Kamu bukanlah orang yang dimaksudkan tersebut kerana mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang berpuasa di siang hari dan bersolat di malam hari.”


Kemudian dia bertanya, “ Bagaimana kamu dan orang-orang kamu berpuasa?” Apabila kami memberi jawapan, wajahnya terus pucat dan dia menyuruh kami untuk meninggalkannya. Selepas itu, dia telah menghantar utusannya untuk membawa kami berjumpa raja Heraclius.


Apabila kami sampai di tempat yang ditetapkan, utusan yang menemani kami berkata, “ Binatang tunggangan kamu(keldai yang kurus) tidak dibenarkan untuk memasuki tempat ini. Jika kamu mahu, kami akan memberikan kamu kuda kacukan ataupun bangal untk ditunggangi.' 'Demi Allaah!'kami membalas, “Kami tidak akan memasuki bandar ini kecuali degan binatang kami ini(keldai yang kurus).


Mendengarkan kata-kata kami tersebut, utusan tersebut pun memberitahu keengganan kami kepada rajanya. Dan kami telah dibenarkan untuk masuk ke bandar tersebut bersama haiwan tunggangan kami. Dengan pedang yang bergantungan di leher kami, kami memasuki bandar tersebut dan sampai ke istana raja romawi. Dia(raja romawi) melihat kami dari atas istananya sedang kami duduk di atas keldai kami di bawah dan melaungkan kalimah (Laa Ilaaha Illallaah,Allahakbar. Allaah lebih megetahui bahawa istana itu bergegar sepertimana ranting pokok yang bergoyang apabila ditiup angin. Dia(raja romawi) memberitahu utusannya supaya melarang kami daripada melaungkan sebarang kata-kata , jadi kami pun dibenarkan untuk memasuki istana tersebut. Apabila kami memasuki istananya, kami melihat dia duduk di atas hamparan yang empuk bersama dengan ketua tenteranya. Semua yang ada di dalam tersebut merah belaka, juga segala yang terdapat di sekelilingnya hatta baju yang dipakainya juga berwarna merah.



Ketika kami berjalan masuk, dia ketawa dan berkata, “Apakah yang menyebabkan kamu berani menyapaku dengan perkataan yang kamu gunakan sesama kamu?" Bersama-samanya ada seorang lelaki yang fasih berbahasa arab sebagai penterjemahnya. Kami menjawab, “Adalah dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa kami gunakan sesama kami, juga dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa digunakan sesama kamu." "Dan apakah perkataan yang kamu gunakan ketika menyapa orang-orang kamu?" dia(Heraculis) bertanya. "Assalamualaikum"jawab kami.

Dia bertanya, “Bagaimana kamu menyapa pemimpin kamu?” “Dengan perkataan yang sama.”kami menjawab. “Dan apa jawapannya?”dia ingin tahu. “Perkataan yang sama juga,” balas kami.

Heraclius bertanya lagi, “Apakah perkataan kamu yang paling mulia?” Kami menjawab dengan berkata, “Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar!” Istana tersebut bergegar dengan dahsyatnya setelah kami melaungkan perkataan tersebut sehingga raja tersebut mengangkat kepalanya melihat sekeliling. Dia bertanya lagi, “ Perkataan yang kamu ucapkan tadi membuatkan istana ini bergegar. Adakah setiap kali kamu mengucapkannya, bangunan-bangunan di tempat kamu juga bergegar sepertiman yang berlaku tadi?” “Tidak,” kami menjawab. “Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku kecuali ketika bersama kamu.”

Dia kemudiannya berkata, “ Walaupun separuh daripada kerajaanku ini musnah,aku berharap agar setiap kali kamu mengucapkan perkataan tersebut, ia akan menyebabkan bangunan di sekeliling kamu runtuh dan menimpa kamu sendiri.” “ Mengapa begitu?” kami bertanya. “Kerana..”dia menerangkan, “ ini adalah lebih baik daripada menzahirkan tanda-tanda kenabian, dan perkara tersebut hanya akan diketahui oleh umum sebagai konspirasi.” Kemudian dia bertanya kepada kami banyak soalan dan kami menjawabnya dengan teliti sekali. Dia juga bertanya kepada kami bagaimana kami menunaikan solah dan berpuasa.Selepas menerangkan kepadanya,dia telah membawa kami ke suatu tempat....

bersambung dalam kisah gambar-gambar nabi...

(Dipetik dari kitab hayatus sahabah jilid 3 karangan Maulana Yusuf Kandahlawi)