Ikhlas

Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels:

Hati yang ikhlas,
Umpama semut yang hitam,
Di atas batu yang hitam,
Di kegelapan malam,
Tiada diketahui orang,
Hanya dalam pengetahuan tuhan,

Amal yang ikhlas,
Umpama tangan kanan yang memberi,
Disorokkan pula tangan kiri,
Tiada berharap untuk dipuji,
Cukuplah ALLAH untuk mengadili,

Manusia yang ikhlas,
Ramai mengaku ikhlas,
Menjaja nama melakukan kebaikan,
Pujian orang diharapkan,
Supaya gambar di muka depan,
Media massa harian,

Manusia yang ikhlas,
Bukannya orang yang mengaku ikhlas,
Juga untuk mendapatkan kepentingan tertentu,
Ingatlah kamu,
Kekayaan dan kekuasaan bukannya penentu,
Kejayaan di hari itu.

Manusia yang ikhlas,
Hidup dan matinya,
Semata-mata kerana ALLAH,
Kutukan dan pujian tiada beza,
Hanya mengharap keredhaan ALLAH.

(Hasil nukilan sasterawan kacak, 5 Julai 2009)