Hati yang ikhlas,
Umpama semut yang hitam,
Di atas batu yang hitam,
Di kegelapan malam,
Tiada diketahui orang,
Hanya dalam pengetahuan tuhan,
Amal yang ikhlas,
Umpama tangan kanan yang memberi,
Disorokkan pula tangan kiri,
Tiada berharap untuk dipuji,
Cukuplah ALLAH untuk mengadili,
Manusia yang ikhlas,
Ramai mengaku ikhlas,
Menjaja nama melakukan kebaikan,
Pujian orang diharapkan,
Supaya gambar di muka depan,
Media massa harian,
Manusia yang ikhlas,
Bukannya orang yang mengaku ikhlas,
Juga untuk mendapatkan kepentingan tertentu,
Ingatlah kamu,
Kekayaan dan kekuasaan bukannya penentu,
Kejayaan di hari itu.
Manusia yang ikhlas,
Hidup dan matinya,
Semata-mata kerana ALLAH,
Kutukan dan pujian tiada beza,
Hanya mengharap keredhaan ALLAH.
(Hasil nukilan sasterawan kacak, 5 Julai 2009)
Ikhlas
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Bicara hatiHayatus Sahabah III - Kisah Istana romawi bergegar dengan kalimah ALLAH
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Info Sunni



Apabila kami sampai di tempat yang ditetapkan, utusan yang menemani kami berkata, “ Binatang tunggangan kamu(keldai yang kurus) tidak dibenarkan untuk memasuki tempat ini. Jika kamu mahu, kami akan memberikan kamu kuda kacukan ataupun bangal untk ditunggangi.' 'Demi Allaah!'kami membalas, “Kami tidak akan memasuki bandar ini kecuali degan binatang kami ini(keldai yang kurus).

Ketika kami berjalan masuk, dia ketawa dan berkata, “Apakah yang menyebabkan kamu berani menyapaku dengan perkataan yang kamu gunakan sesama kamu?" Bersama-samanya ada seorang lelaki yang fasih berbahasa arab sebagai penterjemahnya. Kami menjawab, “Adalah dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa kami gunakan sesama kami, juga dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa digunakan sesama kamu." "Dan apakah perkataan yang kamu gunakan ketika menyapa orang-orang kamu?" dia(Heraculis) bertanya. "Assalamualaikum"jawab kami.
Dia bertanya, “Bagaimana kamu menyapa pemimpin kamu?” “Dengan perkataan yang sama.”kami menjawab. “Dan apa jawapannya?”dia ingin tahu. “Perkataan yang sama juga,” balas kami.
Heraclius bertanya lagi, “Apakah perkataan kamu yang paling mulia?” Kami menjawab dengan berkata, “Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar!” Istana tersebut bergegar dengan dahsyatnya setelah kami melaungkan perkataan tersebut sehingga raja tersebut mengangkat kepalanya melihat sekeliling. Dia bertanya lagi, “ Perkataan yang kamu ucapkan tadi membuatkan istana ini bergegar. Adakah setiap kali kamu mengucapkannya, bangunan-bangunan di tempat kamu juga bergegar sepertiman yang berlaku tadi?” “Tidak,” kami menjawab. “Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku kecuali ketika bersama kamu.”
Dia kemudiannya berkata, “ Walaupun separuh daripada kerajaanku ini musnah,aku berharap agar setiap kali kamu mengucapkan perkataan tersebut, ia akan menyebabkan bangunan di sekeliling kamu runtuh dan menimpa kamu sendiri.” “ Mengapa begitu?” kami bertanya. “Kerana..”dia menerangkan, “ ini adalah lebih baik daripada menzahirkan tanda-tanda kenabian, dan perkara tersebut hanya akan diketahui oleh umum sebagai konspirasi.” Kemudian dia bertanya kepada kami banyak soalan dan kami menjawabnya dengan teliti sekali. Dia juga bertanya kepada kami bagaimana kami menunaikan solah dan berpuasa.Selepas menerangkan kepadanya,dia telah membawa kami ke suatu tempat....
bersambung dalam kisah gambar-gambar nabi...
(Dipetik dari kitab hayatus sahabah jilid 3 karangan Maulana Yusuf Kandahlawi)
EMPAT JENIS HATI
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Nasihat

"Hati ada empat macam; (1) hati yang gelap,iaitu hati orang-orang kafir, (2) hati bermuka dua, iaitu hati orang-orang munafiq (3) hati yang bersih yang mengandungi sinaran cahaya, iaitu hati orang-orang yang beriman, (4) hati yang mengandungi iman dan nifaq.

(Abu Nu'aym dalam Hilya (Vol.1 Pg.276).)
TIGA GOLONGAN
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: NasihatKelebihan kayu sugi berbanding ubat gigi biasa
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Sunnah dan Sains

Penyakit Gigi Karies (Caries)
Penyakit karies atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu kardohidrat yang dapat diragikan.

Nilai pharmacology Siwak

Akibat Tangan-tangan syiah
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Info SyiahDiasaskan oleh Abdullah ibn Saba’,seorang yahudi yang berpura-pura mengaku Islam. Golongan Syiah memusuhi sebaik baik para sahabat.Ini sebenarnya sbg tindak balas dan dendam mereka terhadap para sahabat yg menawan negara Parsi(Iran sekarang) yg dahulunya majusi sblm islam..

Sabda Nabi S.A.W:
“Akan ada dikalangan umatku 2 pihak,kemudian muncul antara kedua-duanya golongan yang terkeluar dari agama(Khawarij).mereka(khawarij) akn diperangi olh pihak yg plg hampir dgn kebenaran”
-(Riwayat Muslim)
3)Memfitnah Yazid Ibn Muawiyah yang membunuh Saidina Hussain di Karbala.
Sumber:”Pertelingkahan para sahabat Nabi S.a.w:Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah”:Mohd Asri Zainul Abidin” dan Saiyidina Muawiyah
Khalifah Rassyid yang Teraniaya”:Maulana Muhammad Asri Yusoff”,I magazines,Ogos.
Kucing o Kucing
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Bicara hatiDaripada nukilan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam Dzammul Muwaswisiin Wattahdzir Minal Waswasah yang merupakan syarah beliau kepada kitab Mencela Was-was karangan Imam Ibn Qudamah. Beliau menuliskan begini;
Mengenai kucing,Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Dia itu bukanlah sesuatu yang najis. Dia adalah antara binatang jinak yang selalu hidup dengan kamu.”
Subhanallah, indahnya ciptaan ALLAH, setiap apa yang diciptanya tidaklah sia-sia. Bagi aku, kucing adalah binatang yang menghiasi kehidupan manusia. Dengan melihat sahaja dapat menenangkan fikiran aku.Ingin aku belai dan usap-usap kau wahai kucing. Tapi apakah daya aku berada di tempat kucing yang tak kenal orang.
“Ya ALLAH, jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur”
Menjelangnya Musim Imtihan
Author: Muawiyah ibnu hayat / Labels: Bicara hatiTempoh Imtihan : 2 bulan lebih sikit (26 April-5 Julai 2009)
Tempat Imtihan : Universiti Mansurah
Persediaan : Insyaallah
Tahap Stress : Tiada stress
Penggunaan masa : secara sederhana
Kerisauan : sederhana